My bookmarksSign up free
← Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 s 6

s 6 The Fund

(1) For the purposes of this Act a fund (hereinafter referred to as the “Fund”) is established to be administered and controlled by the Lembaga— (a) into which shall be paid— (i) such sums as may be provided from time to time by Parliament; (ii) moneys earned by the Lembaga in the discharge of its functions under or pursuant to the provisions of this Act; (iii) moneys earned or arising from any developments, investment, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Lembaga; (iv) sums borrowed by the Lembaga for the purpose of meeting any of its obligations or discharging any of its functions; (v) all other sums or properties whether movable or immovable which may in any manner become payable to or vested in the Lembaga; (b) out of which shall be defrayed— (i) all expenditure (including capital expenditure) incurred by the Lembaga in carrying out its functions and powers; and (ii) moneys for the repayment of any loan made to the Lembaga pursuant to its powers to borrow. (1a) Subparagraph (1)(a)(v) shall not apply where any corporation which has been established under paragraph 4(3)(a) is registered as a company pursuant to subsection 4(4). (2) Before the beginning of June of each year the Lembaga shall submit to the Minister an estimate of the expenses (including those for development projects) for the following year in such form and with such particulars as the Minister may require; and the Minister shall before the beginning of November of that year notify the Lembaga of the amount authorized for expenses generally or of the amounts authorized for each description of expenditure. (3) The Lembaga may at any time submit to the Minister a supplementary estimate for any one year and the Minister may allow the whole or any part of the additional expenditure included in the supplementary estimate.

Malay text (authoritative)

Kumpulan Wang

(1) Bagi maksud Akta ini suatu kumpulan wang (kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”) ditubuhkan yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga— (a) yang ke dalamnya akan dimasukkan— (i) apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen; (ii) apa-apa wang yang diperoleh oleh Lembaga dalam menjalankan fungsi Lembaga di bawah atau menurut peruntukan Akta ini; (iii) apa-apa wang yang diperoleh atau terbit daripada apa-apa kemajuan, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga; (iv) wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau bagi maksud menjalankan apa-apa fungsinya; dan (v) segala wang atau harta lain sama ada harta alih atau harta tak alih yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga; (b) yang daripadanya akan dibayar— (i) semua perbelanjaan (termasuk perbelanjaan modal) yang dilakukan oleh Lembaga pada menjalankan fungsi dan kuasanya; dan (ii) wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberikan kepada Lembaga menurut kuasanya untuk meminjam. (1a) Subperenggan (1)(a)(v) tidak terpakai jika mana-mana perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(a) didaftarkan sebagai suatu syarikat menurut subseksyen 4(4). (2) Sebelum permulaan bulan Jun setiap tahun, Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apaapa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri; dan Menteri hendaklah sebelum permulaan bulan November tahun itu memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan. (3) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 49 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next