My bookmarksSign up free
← Malaysia External Trade Development Corporation Act 1992

Malaysia External Trade Development Corporation Act 1992 s 12

Malaysia External Trade Development Corporation Act 1992 s 12

s 12 Functions of the Corporation

The Corporation shall have the following functions: (a) to promote, assist and develop Malaysia’s external trade with particular emphasis on the export of manufactured and semi-manufactured products and, on a selective basis, imports; (b) to formulate and implement a national export marketing strategy to promote the export of manufactured and semimanufactured products; (c) to undertake commercial intelligence and market research and create a comprehensive database of information for the improvement and development of trade; (d) to organize training programmes to improve the international marketing skills of the Malaysian exporters; (e) to enhance and protect Malaysia’s international trade interests abroad; (f) to represent Malaysia in any international forum in respect of any matter relating to trade; (g) to develop, promote, facilitate and assist in the service areas related to trade; (h) to advise the Government on matters affecting or in any way connected with trade and to act as the agent of the Government or for any person, body or organization on such matters; and (i) to do all such other matters and things as may be incidental to or consequential upon the discharge of its functions.

Malay text (authoritative)

Fungsi Perbadanan

Perbadanan hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk menggalakkan, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan penekanan tertentu ke atas eksport keluaran terkilang dan separa terkilang dan atas dasar yang selektif, import; (b) untuk membentuk dan melaksanakan suatu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan pengeksportan keluaran terkilang dan separa terkilang; (c) untuk mengusahakan risikan komersial dan kajian pasaran dan mewujudkan suatu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi mempertingkatkan dan membangunkan perdagangan; (d) untuk mengelolakan program latihan bagi mempertingkatkan kemahiran pemasaran antarabangsa pengeksport Malaysia; (e) untuk menambah dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negeri; (f) untuk mewakili Malaysia dalam mana-mana forum antarabangsa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan perdagangan; (g) untuk membangunkan, menggalakkan, memudahkan dan membantu dalam bidang perkhidmatan yang berhubungan dengan perdagangan; (h) untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara yang menyentuh atau dengan apa-apa jua cara berkaitan dengan perdagangan dan untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan atau bagi mana-mana orang, badan atau organisasi mengenai perkara sedemikian; dan (i) untuk melakukan apa-apa jua perkara dan benda lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan fungsinya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 490 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next