My bookmarksSign up free
← Malaysia External Trade Development Corporation Act 1992

Malaysia External Trade Development Corporation Act 1992 s 17

Malaysia External Trade Development Corporation Act 1992 s 17

s 17 Power to appoint committees

(1) The Corporation may appoint committees for any purpose arising out of or connected with any of its functions and powers; any committee so appointed shall include at least one member of the Corporation and there may be appointed to such committee such other persons as the Corporation thinks fit. (2) The committee so appointed shall regulate its own procedure. (3) Any committee so appointed shall conform to any instructions from time to time given to it by the Corporation and the Corporation may at any time discontinue or alter the constitution of any committee so appointed. (4) The committee may invite any person who, in its opinion, is possessed of special knowledge of advantage to it, to attend any meeting of the committee and the person so invited shall not be entitled to vote at any such meeting. (5) The committee shall report its recommendations to the Corporation.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk melantik jawatankuasa

(1) Perbadanan boleh melantik jawatankuasa bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan apa-apa fungsi dan kuasanya; mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya seorang anggota Perbadanan dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa itu mana-mana orang lain yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan. (2) Jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri. (3) Mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan dari semasa ke semasa dan Perbadanan boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu. (4) Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang, yang pada pendapatnya mempunyai pengetahuan khusus untuk kebaikannya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa dan orang yang dijemput itu tidak berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat berkenaan. (5) Jawatankuasa hendaklah melaporkan syornya kepada Perbadanan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 490 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next