s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“advertisement” includes every form of advertising (whether or not accompanied by or in association with spoken or written words or other writing or sounds and whether or not contained or issued in a publication) by the display of notices or by means of catalogues, price lists, labels, cards or other documents or materials or by the exhibition of cinematograph films or of pictures or photographs, or by means of radio or television, or in any other way;
“Controller”, “Deputy Controller” and “Assistant Controller” mean respectively the Controller of Direct Sales, a Deputy Controller of Direct Sales and an Assistant Controller of Direct Sales appointed under section 3;
“cooling-off period” means the period of ten working days commencing on the day after the date of the making of a direct sale contract;
“direct sale” means a door-to-door sale, a mail order sale or a sale through electronic transaction within the meaning of this Act;
“door-to-door sale” means the sale of goods or services conducted in the following manner:
(a) a person or any person authorized by him—
(i) goes from place to place not being a fixed place of business; or
(ii) makes telephone calls, seeking out persons who may be prepared to enter, as purchasers, into contracts for the sale of goods or services; and
(b) that first-mentioned person or some other person then or subsequently enters into negotiations with those prospective purchasers with a view to the making of such contracts;
“electronic” means the technology of utilizing electrical, optical, magnetic, electromagnetic, biometric, photonic or other similar technology;
“fixed place of business” means—
(a) in relation to the sale of goods, the place at which the vendor normally carries on a business or at which goods of the description to which the sale relates, or goods of a similar description, are normally offered or exposed for sale in the course of a business carried on at that place;
(b) in relation to the sale of services, the place at which the vendor carries on business;
“goods” means every kind of movable property other than choses in action, negotiable instruments, shares, debentures and money;
“mail order sale” means the sale of goods or services which a person conducts, either by himself or through any person authorized by him, by receiving an offer for a sale contract by mail or any other means of mailing including through electronic means;
“Minister” means the Minister responsible for domestic trade and consumer affairs;
“prescribed” means prescribed by the regulations;
“property” means movable property or immovable property of every description, whether tangible or intangible and includes an interest in any such movable property or immovable property, choses-in-action, negotiable instrument and money;
“purchaser” means the person to whom goods or services are supplied or are to be supplied under a contract and, if the rights of that person are transferred by operation of law, includes the person for the time being entitled to those rights;
“sales through electronic transaction” means sales of goods or services through electronic means by using marketing networks with the purpose of getting commission, bonus or any other economic advantage;
“services” includes rights or benefits of any kind except the supply of goods and the performance of work under a contract of service, and a reference to the word “services” in this Act shall relate to direct sales and pyramid scheme;
“the regulations” means the regulations made under this Act;
“vendor” means the person who supplies or agrees to supply goods or services under a contract and, if the rights of that person are transferred by operation of law, includes the person for the time being entitled to those rights.
*NOTE—This Act has been repealed by Insurance Act 1996 [Act 553]-see subsection 214(1) of Act 553.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“barang-barang” ertinya tiap-tiap jenis harta alih selain hak dalam tindakan, surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan;
*CATATAN—Akta ini tclah dimansuhkan oleh Akta Insuran 1996 [Akta 553]—lihat subseksyen 214(1) Akta 553.
“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, photonik atau teknologi lain yang seumpama;
“harta” ertinya tiap-tiap perihalan harta alih atau harta tak alih, sama ada yang ketara atau tidak ketara dan termasuklah suatu kepentingan mengenai mana-mana harta alih atau harta tak alih itu, hak dalam tindakan, surat cara boleh niaga dan wang;
“iklan” termasuklah tiap-tiap bentuk pengiklanan (sama ada atau tidak disertakan dengan atau berkaitan dengan perkataan lisan atau bertulis atau tulisan atau bunyi lain dan sama ada atau tidak terkandung atau dikeluarkan dalam sesuatu penerbitan) melalui pempameran notis atau dengan menggunakan katalog, senarai harga, label, kad atau dokumen atau bahan lain atau melalui pertunjukan filem sinematograf atau gambar atau fotograf, atau dengan menggunakan radio atau televisyen, atau dengan apa-apa cara lain;
“jualan langsung” ertinya jualan dari pintu ke pintu, jualan pesanan pos atau jualan melalui transaksi elektronik mengikut pengertian Akta ini;
“jualan melalui transaksi elektronik” ertinya jualan barangbarang atau perkhidmatan secara elektronik dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud untuk mendapatkan komisen, bonus atau apa-apa faedah ekonomi yang lain;
“jualan pesanan pos” ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos atau apa-apa kaedah penghantaran yang lain termasuk secara elektronik;
“jualan pintu ke pintu” ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara yang berikut:
(a) seseorang atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya—
(i) pergi dari satu tempat ke satu tempat selain suatu tempat perniagaan yang tetap; atau
(ii) membuat panggilan telefon,
m e n c a r i o r a n g y a n g b e r s e d i a u n t u k m e m b u a t kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan; dan
(b) orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan tujuan mewujudkan kontrak itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
“pembeli” ertinya orang yang kepadanya barang-barang atau perkhidmatan dibekalkan atau akan dibekalkan di bawah sesuatu kontrak dan, jika hak orang itu berpindah melalui kuat kuasa undang-undang, termasuklah orang yang sekarang ini berhak kepada hak itu;
“Pengawal”, “Timbalan Pengawal” dan “Penolong Pengawal” masing-masing ertinya Pengawal Jualan Langsung, Timbalan Pengawal Jualan Langsung dan Penolong Pengawal Jualan Langsung yang dilantik di bawah seksyen 3;
“penjual” ertinya orang yang membekalkan atau bersetuju untuk membekalkan barang-barang atau perkhidmatan di bawah sesuatu kontrak dan, jika hak orang itu berpindah melalui kuat kuasa undang-undang, termasuklah orang yang sekarang ini berhak kepada hak itu;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“perkhidmatan” termasuklah apa-apa jenis hak atau faedah kecuali pembekalan barang-barang dan pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan, dan sebutan mengenai perkataan “perkhidmatan” dalam Akta ini hendaklah berhubungan dengan jualan langsung dan skim piramid;
“tempat perniagaan tetap” ertinya—
(a) berhubungan dengan penjualan barang-barang, tempat di mana penjual biasanya menjalankan perniagaan atau tempat di mana barang-barang daripada perihal yang
dengannya jualan itu berhubungan, atau barang-barang yang serupa perihalnya, biasanya ditawarkan atau dipamerkan untuk jualan dalam perjalanan perniagaan yang dijalankan di tempat itu;
(b) berhubungan dengan penjualan perkhidmatan, tempat di mana penjual menjalankan perniagaan;
“tempoh bertenang” ertinya tempoh sepuluh hari yang bermula pada hari selepas tarikh pembuatan sesuatu kontrak jualan langsung.
Text as at 1 March 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).