My bookmarksSign up free
← Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme Act 1993

Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme Act 1993 s 29

Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme Act 1993 s 29

s 29 Search and seizure with warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after such inquiry as he considers necessary, that there is reasonable cause to believe that an offence under this Act or the regulations is being or has been committed on any premises, the Magistrate may issue a warrant authorizing any Assistant Controller named in the warrant to enter the premises at any reasonable time by day or by night, with or without assistance and if need be by force. (2) A warrant issued under subsection (1) may authorize the Assistant Controller to— (a) search the premises for, and seize any property, document or computerized data that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of such offence; (b) remove from the premises any property, document or computerized data seized under paragraph (a) and detain it for such period as the Assistant Controller thinks necessary; (c) search any person who is found on such premises, if the Assistant Controller has reason to suspect that such person has on his person any property, document or computerized data, including personal document, that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of such offence and seize such property, document or computerized data; (d) remove from a person searched under paragraph (c) such property, document or computerized data seized under that paragraph and detain it for such period as the Assistant Controller thinks necessary; and (e) inspect, make copies of, or take extracts from, any property, document or computerized data seized and detained under paragraphs (b), (c) and (d). (3) If it is necessary to do so, an Assistant Controller may in the exercise of his powers under subsection (1)— (a) break open any door of any premises and enter such premises; (b) forcibly enter any premises and every part of such premises; (c) break open, examine and search any article, container or receptacle; (d) remove by force any obstruction to such entry, search, seizure, detention or removal as he is empowered to effect; or (e) detain any person found on any premises until the search is completed. (4) If, by reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any property, document or computerized data seized under subsection (1), the Assistant Controller shall, by any means, seal such property, document or computerized data in the premises or container in which it is found. (5) A person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (4) or removes any property, document or computerized data under seal or attempts to do so shall be guilty of an offence.

Malay text (authoritative)

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1) Jika seseorang Majistret mendapati, berdasarkan maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan sedang atau telah dilakukan di manamana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana Penolong Pengawal yang dinamakan dalam waran itu untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau waktu malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan. (2) Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa Penolong Pengawal itu untuk— (a) menggeledah premis itu bagi, dan menyita apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu; (b) mengalihkan dari premis itu apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah perenggan (a) dan menahannya selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Penolong Pengawal itu; (c) memeriksa mana-mana orang yang berada di premis itu, jika Penolong Pengawal itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang itu mempunyai pada dirinya apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer, termasuk dokumen persendirian, yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu dan menyita harta, dokumen atau data berkomputer itu; (d) mengalihkan daripada orang yang diperiksa di bawah perenggan (c) harta, dokumen atau data berkomputer sedemikian yang disita di bawah perenggan itu dan menahannya selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Penolong Pengawal itu; dan (e) memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan dari, mana-mana harta, dokumen atau data berkomputer yang disita dan ditahan di bawah perenggan (b), (c) dan (d). (3) Jika perlu untuk berbuat demikian, seseorang Penolong Pengawal boleh dalam menjalankan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1)— (a) memecah buka mana-mana pintu mana-mana premis itu dan memasuki premis itu; (b) memasuki dengan menggunakan kekerasan mana-mana premis dan tiap-tiap bahagian premis itu; (c) memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa barang, bekas atau wadah; (d) mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau (e) menahan mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis sehingga penggeledahan itu selesai. (4) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah subseksyen (1), Penolong Pengawal itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak harta, dokumen atau data berkomputer itu dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (5) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (4) atau mengalihkan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 500 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next