My bookmarksSign up free
← Gas Supply Act 1993

Gas Supply Act 1993 s 23

Gas Supply Act 1993 s 23

s 23 Power to enter on and examine land

(1) Whenever it appears to the licensee that it will be necessary for him to exercise the powers conferred upon him by this Act in respect of any land other than State land for the purpose of constructing any pipeline or installation or part thereof, the licensee or any person authorized by him may, after giving not less than twenty-four hours’ notice to the occupier thereof, if any, enter upon the land, survey and take levels and do any other acts necessary to ascertain the suitability of the land, in so far as the same may be possible without causing damage or disturbance. (2) Nothing herein contained shall be deemed to authorize any person to cut down or clear away any vegetation or any fence or other erection or to enter into any building or upon any enclosure attached to any building. (3) In the case of reserved land, the notice under subsection (1) may be given to the officer or any other person in charge of the reserved land, or, in the absence of any such officer or person, to the District Land Administrator.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memasuki dan meneliti tanah

(1) Bilamana didapati oleh pemegang lesen bahawa akan menjadi perlu baginya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini berkenaan dengan mana-mana tanah selain tanah Kerajaan bagi maksud membina apa-apa talian paip atau pepasangan atau sebahagian daripadanya, pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya boleh, selepas memberikan notis tidak kurang daripada dua puluh empat jam kepada penghuni tanah itu, jika ada, memasuki tanah itu dan membuat pengukuran dan mengambil aras dan melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu untuk menentukan kesesuaian tanah itu, setakat yang mungkin tanpa meyebabkan kerosakan atau gangguan. (2) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan mana-mana orang memotong atau membuang apa-apa tumbuhan atau apa-apa pagar atau binaan lain atau memasuki mana-mana bangunan atau apa-apa kepungan yang dipasang pada mana-mana bangunan. (3) Dalam hal tanah rizab, notis di bawah subseksyen (1) boleh diberikan kepada pegawai atau mana-mana orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang sedemikian, kepada Pentadbir Tanah Daerah.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VI β†’

Find Act 501 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next