My bookmarksSign up free
← Gas Supply Act 1993

Gas Supply Act 1993 s 24

Gas Supply Act 1993 s 24

s 24 Power to enter on land for purposes of construction

(1) Subject to as hereinafter provided, whenever it is necessary so to do for the purpose of installing any pipeline or installation for the supply of gas under this Act, a licensee may lay, place or carry on, under or over any land, other than State land, such pipeline or installation as may be necessary or proper for the purposes of the licence, and may take such other action as may be necessary to render the pipeline or installation safe and efficient, paying full compensation in accordance with section 28 to all persons interested for any disturbance, damage or disability that may be caused thereby and such compensation may include an annual payment for land used for the purpose of the pipeline or installation. (2) Before entering on any land for the purpose specified in subsection (1), the licensee shall give a notice stating as fully and accurately as possible the nature and extent of the acts intended to be done. The notice shall be substantially in the form set out in the First Schedule. The District Land Administrator shall specify a date upon which the State Authority shall inquire into any objection that may have been made as hereinafter provided. (3) The aforesaid notice shall be given— (a) in the case of alienated land, to the owner or occupier; (b) in the case of reserved land, to the officer or any other person in charge of the reserved land or, in the absence of any such officer or person, to the District Land Administrator, and may be sent by registered post or be left at the usual or last known place of abode of the person to whom it is to be given or served by the licensee or the District Land Administrator at the expense of the licensee, either in the manner hereinbefore provided or in the manner provided for the service of notices by any written law relating to land in force in the State where the land is situated. (4) Any of the persons mentioned in subsection (3) may, within fourteen days of the receipt of the notice therein referred to, lodge an objection to the intended acts of the licensee. The objection may be made to the District Land Administrator, either verbally or in writing, and the District Land Administrator shall give notice of the objection to the State Authority and to the licensee. (5) If no objection is lodged within the time limited for that purpose by subsection (4), the licensee may forthwith enter on the land and do all or any of the acts specified in the notice given under subsection (2). (6) If an objection is lodged and is not withdrawn before the date fixed for the hearing thereof, the District Land Administrator shall hold an inquiry, giving all parties an opportunity to be heard. (7) Upon the conclusion of the inquiry the District Land Administrator may, either unconditionally or ubject to such terms, conditions and stipulations as he thinks fit, make an order authorizing or prohibiting any of the acts mentioned in the notice given under subsection (2). The order shall be substantially in the form set out in the Second Schedule: Provided that any party who is dissatisfied with the District Land Administrator’s order may within twenty-one days after the order appeal against such an order to the State Authority which may then uphold, set aside or vary the order upon such terms, conditions and stipulations as it thinks fit. (8) The State Authority may, if it thinks fit, in lieu of making an order under subsection (7), direct the acquisition of any land or part of any land included in a notice given under subsection (2). (9) The decision of the State Authority under this section shall be final. (10) Notwithstanding any written law relating to land matters, the Registrar— (a) upon the production to him of the notice issued by the licensee under subsection (2) together with the statement by the District Land Administrator that no objection had been lodged by any of the persons mentioned in subsection (3); or (b) upon the production to him of the original order made under subsection (7) and upon the deposit with him of a certified copy of such order, shall cause to be made on the register document of title relating to the land affected by the notice or order, as the case may be, a note of the existence of the rights under such notice or order.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud pembinaan

(1) Tertakluk kepada apa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, bilamana perlu berbuat demikian bagi maksud memasang apa-apa talian paip atau pepasangan bagi pembekalan gas di bawah Akta ini, seseorang pemegang lesen boleh meletakkan, menempatkan atau membawa di, di dalam atau di atas mana-mana tanah, selain tanah Kerajaan, apa-apa talian paip atau pepasangan yang perlu atau patut bagi maksud lesen itu, dan boleh mengambil apaapa tindakan lain yang perlu untuk menjadikan talian paip atau pepasangan itu selamat dan efisien, membayar pampasan penuh mengikut seksyen 28 kepada semua orang yang berkepentingan kerana apa-apa gangguan, kerosakan atau ketidakupayaan yang mungkin disebabkan olehnya dan pampasan itu boleh termasuk bayaran tahunan bagi tanah yang digunakan bagi maksud talian paip atau pepasangan itu. (2) Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah memberikan notis yang menyatakan, dengan sepenuh dan setepat mungkin, jenis dan takat perbuatan yang dicadangkan hendak dilakukan. Notis itu hendaklah pada matannya mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menyatakan tarikh Pihak Berkuasa Negeri akan menyiasat apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini. (3) Notis yang disebut terdahulu hendaklah diberikan— (a) dalam hal tanah beri milik, kepada pemunya atau penghuni; (b) dalam hal tanah rizab, kepada pegawai atau mana-mana orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang sedemikian, kepada Pentadbir Tanah Daerah, dan boleh dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau yang akhir sekali diketahui bagi orang yang kepadanya notis itu dikehendaki diberikan atau disampaikan oleh pemegang lesen atau Pentadbir Tanah Daerah itu, atas perbelanjaan pemegang lesen itu, sama ada mengikut cara yang diperuntukkan terdahulu daripada ini atau mengikut cara yang diperuntukkan bagi penyampaian notis melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Negeri tempat terletaknya tanah itu. (4) Mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (3) boleh, dalam masa empat belas hari dari masa penerimaan notis yang disebut dalam subseksyen itu, menyerahkan suatu bantahan terhadap perbuatan yang dicadangkan oleh pemegang lesen. Bantahan itu boleh dibuat kepada Pentadbir Tanah Daerah, sama ada secara lisan atau bertulis, dan Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memberikan notis mengenai bantahan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan kepada pemegang lesen. (5) Jika tiada bantahan diserahkan dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), pemegang lesen boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana perbuatan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2). (6) Jika bantahan diserahkan dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengarannya, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi semua pihak peluang untuk didengar. (7) Apabila selesai siasatan itu, Pentadbir Tanah Daerah boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut, membuat perintah yang membenarkan atau melarang mana-mana perbuatan yang tersebut dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2). Perintah itu hendaklah pada matannya dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Kedua: Dengan syarat bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perintah Pentadbir Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas perintah itu merayu terhadap perintah itu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang kemudiannya boleh mengesahkan, mengetepikan atau mengubah perintah itu atas apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkanya patut. (8) Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti membuat suatu perintah di bawah subseksyen (7), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau bahagian manamana tanah yang termasuk dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2). (9) Keputusan Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini adalah muktamad. (10) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkara mengenai tanah, Pendaftar— (a) apabila dikemukakan kepadanya notis yang dikeluarkan oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (2) berserta dengan pernyataan oleh Pentadbir Tanah Daerah bahawa tiada bantahan telah diserahkan oleh mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (3); atau (b) apabila dikemukakan kepadanya perintah asal yang dibuat di bawah subseksyen (7) dan apabila salinan terperaku perintah itu didepositkan dengannya, hendaklah menyebabkan supaya suatu nota mengenai kewujudan hak di bawah notis atau perintah itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang tersentuh oleh notis atau perintah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 501 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next