My bookmarksSign up free
← Gas Supply Act 1993

Gas Supply Act 1993 s 26

Gas Supply Act 1993 s 26

s 26 Removal or alteration of pipeline or installation

(1) Where any pipeline or installation has been installed on land under section 24, and if any of the persons mentioned in subsection 24(3) desires to use the land in such a manner as to render it necessary or convenient that the pipeline or installation should be removed to another part of the land, or to land at a higher or lower level, or be altered in form, he may require the licensee to remove or alter the pipeline or installation accordingly. (2) If the licensee omits to comply with the requisition, the person may apply in writing to the State Authority which may, in its discretion, after inquiring into all the facts of the case, reject the application or make an order, either absolutely or subject to certain conditions, for the removal or alteration of the pipeline or installation. The order shall provide for the payment of the cost of executing the removal or alteration by the licensee or by the person making the application, as the State Authority may consider equitable in the circumstances of the case. (3) The State Authority may, instead of itself inquiring into a case under subsection (2) direct the District Land Administrator to make such inquiry on its behalf and to make recommendations to it. (4) Whenever the State Authority has made an order for the removal or alteration of any pipeline or installation, the licensee may, instead of removing or altering the pipeline or installation, apply to the State Authority to direct the acquisition of such land as is required for the purposes of the pipeline or installation, and the State Authority may direct the acquisition accordingly. (5) Whenever the State Authority is authorized by this section to direct the acquisition of any land, the pipeline or installation shall be deemed to be a work for public utility and any written law relating to land acquisition in force in the State where the land is situated shall be enforced accordingly. (6) Whenever a pipeline or installation has been installed on State land by a licensee and the land is subsequently alienated to any person, the owner or occupier of the land may, unless the terms of alienation expressly provide otherwise, require the removal of the pipeline or installation to another part of the land, or to land at a higher or lower level, or the alteration of the pipeline or installation, and subsections (1) to (4) shall apply to any such requisition: Provided that the cost of executing the removal or alteration shall be defrayed by the person making the requisition.

Malay text (authoritative)

Pengalihan atau pengubahan talian paip atau pemasangan

(1) Jika apa-apa talian paip atau pepasangan telah dipasang di tanah di bawah seksyen 24, dan jika mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen 24(3) berhasrat untuk menggunakan tanah itu mengikut cara yang menjadikannya perlu atau wajar talian paip atau pepasangan itu dialihkan ke suatu bahagian lain tanah itu, atau ke tanah yang arasnya lebih tinggi atau lebih rendah, atau diubah bentuknya, maka dia boleh menuntut supaya pemegang lesen mengalihkan atau mengubah talian paip atau pepasangan itu dengan sewajarnya. (2) Jika pemegang lesen tidak mematuhi tuntutan itu, orang itu boleh memohon secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri yang boleh, menurut budi bicaranya, selepas menyiasat segala fakta kes itu, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat tertentu, bagi pengalihan atau pengubahan talian paip atau pepasangan itu. Perintah itu hendaklah mengadakan peruntukan bagi pembayaran kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan oleh pemegang lesen atau oleh orang yang membuat permohonan, sebagaimana yang difikirkan saksama oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut hal keadaan kes itu. (3) Pihak berkuasa Negeri boleh tidak menyiasat sendiri hal itu di bawah subseksyen (2) tetapi sebaliknya mengarahkan supaya Pentadbir Tanah Daerah membuat apa-apa siasatan bagi pihaknya dan membuat syor kepadanya. (4) Bilamana Pihak Berkuasa Negeri telah membuat suatu perintah bagi pengalihan atau pengubahan mana-mana talian paip atau pepasangan, maka pemegang lesen boleh tidak mengalihkan atau mengubah talian paip atau pepasangan itu tetapi sebaliknya memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri supaya mengarahkan pengambilan tanah yang diperlukan bagi maksud talian paip atau pepasangan itu, dan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengarahkan pengambilan itu dengan sewajarnya. (5) Bilamana Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa oleh seksyen ini untuk mengarahkan pengambilan mana-mana tanah, maka talian paip atau pepasangan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kerja bagi kemudahan awam dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah yang sedang berkuat kuasa di Negeri tempat terletaknya tanah itu hendaklah dikuatkuasakan dengan sewajarnya. (6) Bilamana sesuatu talian paip atau pepasangan telah dipasang atas tanah Kerajaan oleh seseorang pemegang lesen dan tanah itu kemudiannya diberi milik kepada mana-mana orang, maka pemunya atau penghuni tanah itu boleh, melainkan jika terma pemberimilikan itu secara nyata memperuntukkan selainnya, menuntut supaya talian paip atau pepasangan itu dialihkan ke suatu bahagian lain tanah itu, atau ke tanah yang arasnya lebih tinggi atau lebih rendah, atau talian paip atau pepasangan itu diubah, dan subseksyen (1) hingga (4) hendaklah terpakai bagi mana-mana tuntutan sedemikian: Dengan syarat bahawa kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu hendaklah dibayar oleh orang yang membuat tuntutan itu.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 501 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next