My bookmarksSign up free
← Gas Supply Act 1993

Gas Supply Act 1993 s 29

Gas Supply Act 1993 s 29

s 29 Procedure in inquiry

(1) Without prejudice to any terms and conditions in any special agreement, where a dispute arises between the licensee and the consumer with respect to matters falling under sections 13 to 21, the dispute may be referred to the Commission. (2) The Commission shall— (a) determine the dispute and make an order accordingly or, where the dispute is a contractual dispute under any terms of any agreement, may decide that it be determined according to any provision for determination of dispute under the agreement or be determined by the court accordingly; or (b) determine that, with the approval of the Minister, a committee of inquiry be formed to inquire into the dispute. (3) A committee of inquiry referred to in paragraph (2)(b) shall consist of three members led by a person appointed by the Minister. (4) For the purposes of such inquiry, the committee may summon any person to attend any meeting of the said committee to give evidence on oath or produce any document or thing in his possession related to matters which are the subject matter of such inquiry and to examine him as a witness. (5) Any person who, under subsection (4)— (a) having been summoned to attend any such inquiry, fails to do so; (b) offers any act of disrespect or any insult or threat to the committee or any member thereof during an inquiry; or (c) having been required by the committee to give evidence on oath or to produce any document or thing, refuses to do so or gives false evidence or produces a document or thing which he knows to be false, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (6) The committee shall, on completion of the inquiry, determine the dispute and make an order accordingly. (7) Pending the determination of any dispute on the service of supply of gas between a licensee and a consumer the licensee shall, unless otherwise directed by the Commission, continue to give the supply of gas until the determination of the dispute. (8) Any person who feels aggrieved by a decision of the Commission under subsection (2) or a decision by the committee under subsection (6) may apply to the Minister for reconsideration of the matter in dispute. (9) The application to the Minister shall be made in writing within twenty-one days from the date of the decision of the Commission, or within such further period as the Minister may in special circumstances allow, and shall contain the grounds of grievance. (10) The Minister shall then determine the dispute and make an order accordingly and his decision shall be final.

Malay text (authoritative)

Tatacara semasa siasatan

(1) Tanpa menjejaskan mana-mana terma dan syarat dalam mana-mana perjanjian khas, jika suatu pertikaian berbangkit di antara pemegang lesen dengan pengguna berkenaan dengan perkara yang termasuk di bawah seksyen 13 hingga 21, pertikaian itu boleh dirujukkan kepada Suruhanjaya. (2) Suruhanjaya hendaklah— (a) memutuskan pertikaian itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya atau, jika pertikaian itu merupakan suatu pertikaian kontrak di bawah mana-mana terma dalam mana-mana perjanjian, boleh menentukan bahawa pertikaian itu hendaklah mengikut mana-mana peruntukan bagi pemutusan pertikaian di bawah perjanjian itu atau diputuskan oleh mahkamah dengan sewajarnya; atau (b) memutuskan bahawa, dengan kelulusan Menteri, suatu jawatankuasa siasatan dibentuk untuk menyiasat pertikaian itu. (3) Jawatankuasa penyiasatan yang disebut dalam perenggan (2)(b) hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang diketuai oleh seseorang yang dilantik oleh Menteri. (4) Bagi maksud siasatan sedemikian, jawatankuasa itu boleh memanggil mana-mana orang supaya menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa tersebut untuk memberikan keterangan dengan bersumpah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya yang berhubungan dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan sedemikian dan menyiasatperiksanya sebagai saksi. (5) Mana-mana orang yang, di bawah subseksyen (4)— (a) setelah dipanggil supaya menghadiri mana-mana siasatan sedemikian, tidak berbuat demikian; (b) menunjukkan apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa penghinaan atau ancaman kepada jawatankuasa itu atau mana-mana anggotanya dalam sesuatu siasatan; atau (c) setelah dikehendaki oleh jawatankuasa itu supaya memberikan keterangan dengan bersumpah atau supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda, enggan berbuat demikian atau memberikan keterangan palsu atau mengemukakan suatu dokumen atau benda yang diketahuinya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (6) Jawatankuasa hendaklah, setelah selesai siasatan, memutuskan pertikaian itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya. (7) Sementara menanti diputuskan apa-apa pertikaian tentang perkhidmatan pembekalan gas di antara seseorang pemegang lesen dengan seseorang pengguna, pemegang lesen itu hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Suruhanjaya, terus memberikan bekalan gas sehingga pertikaian itu diputuskan. (8) Mana-mana orang yang terkilan dengan sesuatu keputusan Suruhanjaya di bawah subseksyen (2) atau keputusan Suruhanjaya di bawah subseksyen (6) boleh memohon kepada Menteri supaya ditimbangkan semula perkara yang dipertikaikan itu. (9) Permohonan kepada Menteri hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan Suruhanjaya, atau dalam apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Menteri dalam hal keadaan khas, dan hendaklah mengandungi asas-asas kilanan itu. (10) Menteri hendaklah kemudian memutuskan pertikaian itu dan membuat perintah sewajarnya dan keputusannya adalah muktamad.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 501 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next