My bookmarksSign up free
← Gas Supply Act 1993

Gas Supply Act 1993 s 30

Gas Supply Act 1993 s 30

s 30 Offences

(1) Any person who, in contravention of section 11, supplies gas through pipelines without any licence shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit, or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both and to a further fine not exceeding one thousand ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction, and any pipeline or installation or part thereof used or intended to be used in the commission of the offence shall be liable to forfeiture. (2) For the purpose of subsection (1), any licensee who without the express authority from the Commission supplies gas or lays down any pipeline or constructs any installation outside the area of supply specified in his licence shall be deemed to be operating without a licence. (3) Any person who— (a) refuses any authorized officer access to any place pursuant to his power under section 5; (b) assaults, obstructs, hinders or delays any authorized officer in effecting any entry which he is entitled to effect under section 5, or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act; (c) refuses to give to any authorized officer (subject to the proviso in subsection 8(2)) any information relating to an offence or suspected offence under this Act or any other information which may reasonably be required of him and which he has in his knowledge or power to give under section 8; or (d) knowingly or recklessly gives false information to an authorized officer under section 8, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both. (4) Any licensee who without lawful excuse fails to comply with any term or condition expressed in the licence shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit and to a further fine not exceeding one thousand ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction. (5) Any person who by any wilful, dishonest or negligent act or omission extends, adjusts, alters, removes, destroys or damages any pipeline or installation or part thereof shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit. (6) Any person who by any dishonest, rash or negligent act or omission tampers with or damages any pipeline, installation or part thereof so as to cause or to be likely to cause injury to human life or limb or damage to any property shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. (7) Any person who— (a) causes any pipeline or installation or part thereof to be diverted from its proper course for the purpose of abstracting, consuming, using or wasting gas therefrom; (b) dishonestly alters the index of any meter or other instrument used on or in connection with any pipeline or installation or part thereof belonging to any licensee or any other person for recording the output or consumption of gas; (c) prevents any meter or other instrument from duly recording the output or consumption of gas; (d) damages any meter or other instrument used on or in connection with any pipeline or installation or part thereof for recording the output or consumption of gas; or (e) dishonestly abstracts or consumes or uses gas, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (8) No person shall, without the lawful authority of the licensee, undertake any work or engage in any activity in the vicinity of any gas pipeline or installation or part thereof in a manner likely to interfere with such pipeline or installation or part thereof or to cause danger to any person or property unless the licensee has taken all reasonable steps to give proper notice on the existence of any pipeline or installation or part thereof and measures as prescribed by the Commission for the protection of such pipeline or installation or part thereof. (9) Any person who contravenes subsection (8) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Kesalahan

(1) Mana-mana orang yang, dengan melanggar seksyen 11, membekalkan gas melalui talian paip tanpa apa-apa lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan, dan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan hendak digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dilucuthakkan. (2) Bagi maksud subseksyen (1), mana-mana pemegang lesen yang, tanpa kebenaran nyata daripada Suruhanjaya, membekalkan gas atau meletakkan apa-apa talian paip atau membina apa-apa pepasangan di luar kawasan bekalan yang ditentukan dalam lesennya hendaklah disifatkan beroperasi tanpa lesen. (3) Mana-mana orang yang— (a) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses ke mana-mana tempat menurut kuasanya di bawah seksyen 5; (b) menyerang, menghalang, menggendalakan atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang berhak dibuatnya di bawah seksyen 5, atau dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; (c) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa (tertakluk kepada proviso dalam subseksyen 8(2)) apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang, kerana dia mengetahuinya atau ada kuasa untuk berbuat demikian, boleh diberikannya di bawah seksyen 8; atau (d) dengan disedarinya atau secara melulu memberikan maklumat palsu kepada seseorang orang diberi kuasa di bawah seksyen 8, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (4) Mana-mana pemegang lesen yang tanpa sebab yang sah tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (5) Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang sengaja, curang atau cuai menyambung, melaraskan, mengubah, mengalihkan, memusnahkan atau merosakkan manamana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. (6) Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang curang, gopoh atau cuai mengganggu atau merosakkan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya sehingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kecederaan kepada nyawa atau tubuh manusia atau kerosakan kepada mana-mana harta melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (7) Mana-mana orang yang— (a) menyebabkan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya dilencongkan dari perjalanannya yang sepatutnya dengan tujuan untuk mengambil, menggunakan, memakai atau membazirkan gas darinya; (b) dengan curang mengubah indeks mana-mana meter atau alatan lain yang digunakan pada atau berkaitan dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya kepunyaan mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain bagi merekodkan keluaran atau penggunaan gas; (c) menghalang mana-mana meter atau alatan lain merekodkan dengan sewajarnya keluaran atau penggunaan gas; (d) merosakkan mana-mana meter atau alatan lain yang digunakan pada atau berkaitan dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya bagi merekodkan keluaran atau penggunaan gas; atau (e) dengan curang mengambil atau menggunakan atau memakai gas, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (8) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran sah pemegang lesen, mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya mengikut cara yang mungkin mengganggu talian paip atau pepasangan atau bahagiannya itu atau menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang atau harta melainkan jika pemegang lesen telah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memberikan notis yang sepatutnya tentang kewujudan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya dan langkah yang ditetapkan oleh Suruhanjaya bagi perlindungan talian paip atau pepasangan atau bahagiannya itu. (9) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 501 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next