My bookmarksSign up free
← Gas Supply Act 1993

Gas Supply Act 1993 s 32

Gas Supply Act 1993 s 32

s 32 Offences committed by body corporate: officers deemed to be guilty

(1) Where a person convicted in respect of any offence under this Act or any regulation made thereunder is a body corporate, it shall only be liable to the imposition of any fine provided therein. (2) Where a person charged with an offence under this Act or any regulation made thereunder is a body corporate, every person who at the time of the commission of the offence is a director or officer of the body corporate may be charged jointly in the same proceedings with the body corporate, and where the body corporate is convicted of the offence charged, every such director or officer shall be deemed to be guilty of that offence unless he proves that the offence was committed without his knowledge or that he took reasonable precautions to prevent its commission. (3) Any person who would be liable under this Act or any regulation made thereunder to any penalty for anything done or omitted if the thing had been done or omitted by him personally shall be liable to the same penalty if the thing had been done or omitted by his agent, unless he proves that he took reasonable precautions to prevent the doing or omission of the thing.

Malay text (authoritative)

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan: pegawai disifatkan bersalah

(1) Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, ia hanya boleh dikenakan apa-apa denda yang diperuntukkan dalam Akta ini atau peraturan itu. (2) Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, ialah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah atau pegawai sedemikian hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjagajaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu. (3) Mana-mana orang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan sekiranya perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh ejennya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 501 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next