Gas Supply Act 1993 s 38
s 38 Special powers in emergency
(1) The Yang di-Pertuan Agong may, on the occurrence of any industrial unrest, strike, lock-out or any other event which gives rise to an emergency, or in the interest of public safety, authorize the Commision to—
(a) suspend the licence of any licensee, take temporary possession of any pipeline or installation of such licensee and operate it in such manner as the Commission deems fit; or
(b) withdraw either partially or totally the use of any pipeline or installation from any person or class of persons or from the public at large.
(2) If any doubt arises as to the existence of an emergency or whether any act done under subsection (1) was in the interest of public safety, a certificate signed by the Yang di-Pertuan Agong and exhibited at such places as the Minister deems fit shall be conclusive proof on the point.
(3) Where the Commision takes possession of any pipeline or installation of any licensee under paragraph (1)(a) the licensee shall be paid adequate compensation which shall be determined by the Commision after giving an opportunity to the licensee to be heard on the matter.
Malay text (authoritative)
Kuasa khas semasa darurat
(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlaku apa-apa kerusuhan perindustrian, mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian lain yang membangkitkan suatu darurat, atau demi kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa Suruhanjaya untuk—
(a) menggantung lesen mana-mana pemegang lesen, mengambil milik sementara mana-mana talian paip atau pepasangan pemegang lesen itu dan mengendalikannya mengikut cara yang difikirkan oleh Suruhanjaya patut; atau
(b) menarik balik sama ada pada sebahagiannya atau keseluruhannya penggunaan mana-mana talian paip atau pepasangan daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.
(2) Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang kewujudan sesuatu darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah bagi kepentingan keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai perkara itu.
(3) Jika Suruhanjaya mengambil milik mana-mana talian paip atau pepasangan mana-mana pemegang lesen di bawah perenggan
(1)(a) pemegang lesen itu hendaklah dibayar pampasan yang mencukupi yang hendaklah ditentukan oleh Suruhanjaya selepas memberi pemegang lesen itu peluang untuk didengar mengenai perkara itu.
Read this section in the full act → · Open Part IX →
Find Act 501 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).