My bookmarksSign up free
← Care Centres Act 1993

Care Centres Act 1993 s 6

Care Centres Act 1993 s 6

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 6

(1) Sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu pusat jagaan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan. (2) Ketua Pengarah boleh mendaftar atau boleh enggan mendaftar mana-mana pusat jagaan. (3) Bagi maksud menimbang sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu pusat jagaan, Ketua Pengarah boleh— (a) memasuki dan memeriksa premis pusat jagaan itu untuk memastikan bahawa pusat itu mematuhi segala kehendak undang-undang dan mana-mana pihak berkuasa berhubungan dengan binaan bangunan dan keselamatan kebakaran, dan bahawa pusat itu dilengkapkan dan disenggarakan dengan cukup dan sesuai; (b) menghendaki pemohon itu memberi kepadanya apa-apa maklumat dan butir-butir sebagaimana yang perlu untuk dia menentukan permohonan itu. (4) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa-kuasanya di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh enggan mendaftar mana-mana pusat jagaan jika apa-apa kehendak undang-undang berhubungan dengan pengendalian pusat jagaan itu atau berhubungan dengan premis-premisnya belum dipatuhi.

Read this section in the full act →

Find Act 506 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next