s 7 Submission of reports, accounts, statistical information, etc.
(1) The Minister may require a licensed operator—
(a) to submit to the Director General within three months after the end of each financial year or such longer period as the Director General may allow—
(i) a report of its operation during that financial year containing such information as is necessary to enable the Government to make an informed assessment of such operation; and
(ii) its audited annual balance sheet and profit and loss account, and the reports of its auditors and directors;
(b) to submit to the Director General—
(i) such statistical information relating to its operation as may be required by the Government from time to time;
(ii) its forecast as to the number of animals that would be slaughtered over a specified period, such forecast to be made in such form as may be determined by the Director General from time to time; and
(iii) future development plans relating to any service or facility which it is bound to provide under the conditions of the licence.
(2) The Director General may require a licensed operator to submit such further or additional information as he may deem necessary either by way of an explanation, amplification or otherwise with reference to any report or information forwarded by the licensed operator under subsection (1) and such information shall be submitted within such period and in such manner as the Director General may require.
Malay text (authoritative)
Pengemukaan laporan, akaun, maklumat statistik, dsb.
(1) Menteri boleh menghendaki seseorang pengendali berlesen—
(a) mengemukakan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah—
(i) suatu laporan mengenai kendaliannya dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan Kerajaan membuat suatu penilaian berdasarkan maklumat tentang kendalian itu; dan
(ii) kunci kira-kira dan akaun untung rugi tahunannya yang telah diaudit dan laporan juruaudit dan pengarahnya;
(b) mengemukakan kepada Ketua Pengarah—
(i) apa-apa maklumat statistik berhubungan dengan kendaliannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
(ii) ramalannya tentang bilangan haiwan yang akan disembelih bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan, dan ramalan itu hendaklah dalam apaapa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa; dan
(iii) rancangan pembangunan masa depan berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang mesti diadakan olehnya di bawah syarat lesen.
(2) Ketua Pengarah boleh menghendaki seseorang pengendali berlesen untuk mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan
Rumah Penyembelihan (Penswastaan)
cara penjelasan, penghuraian atau selainnya berkenaan dengan apaapa laporan atau maklumat yang dikemukakan oleh pengendali berlesen itu di bawah subseksyen (1) dan maklumat itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).