s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires―
“alternative residence” means the premises or accommodation which the victim is or has been compelled to seek or move into as a result of domestic violence;
“child” means a person below the age of eighteen years who is living as a member of the offender’s family or of the family of the offender’s spouse or former spouse, as the case may be;
“court” means―
(a) in respect of criminal proceedings involving allegations of domestic violence, the court competent to try the actual offence with which the accused is charged;
(b) in respect of civil proceedings for compensation under section 10, the court competent to hear such claims in tort;
“Director General” means the Director General of Social Welfare and includes the State Director of Social Welfare of each of the States;
“domestic violence” means the commission of one or more of the following acts:
(a) wilfully or knowingly placing, or attempting to place, the victim in fear of physical injury;
(b) causing physical injury to the victim by such act which is known or ought to have been known would result in physical injury;
(c) compelling the victim by force or threat to engage in any conduct or act, sexual or otherwise, from which the victim has a right to abstain;
(d) confining or detaining the victim against the victim’s will;
(e) causing mischief or destruction or damage to property with intent to cause or knowing that it is likely to cause distress or annoyance to the victim;
(ea) dishonestly misappropriating the victim’s property which causes the victim to suffer distress due to financial loss;
(eb) threatening the victim with intent to cause the victim to fear for his safety or the safety of his property, to fear for the safety of a third person, or to suffer distress;
(ec) communicating with the victim, or communicating about the victim to a third person, with intent to insult the modesty of the victim through any means, electronic or otherwise;
(f) causing psychological abuse which includes emotional injury to the victim;
(g)
(g) causing the victim to suffer delusions by using any intoxicating substance or any other substance without the victim’s consent or if the consent is given, the consent was unlawfully obtained; or
(h) in the case where the victim is a child, causing the victim to suffer delusions by using any intoxicating substance or any other substance,
by a person, whether by himself or through a third party, against―
(i) his or her spouse;
(ii)
(ii) his or her former spouse;
(iii)
(iii)a child;
(iv)
(iv) an incapacitated adult; or
(v)
(v) any other member of the family;
“emergency protection order” means an order issued under section 3A;
“enforcement officer” means a police officer or a social welfare officer;
“incapacitated adult” means a person who is wholly or partially incapacitated or infirm, by reason of permanent or temporary physical
or mental disability or ill-health or old age, who is living as a member of the family of the person alleged to have committed the domestic violence, and includes any person who was confined or detained by the person alleged to have committed the domestic violence;
“interim protection order” means an order issued under section 4;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for social welfare;
“other member of the family” means―
(a) (i) an adult son or daughter; or
(ii) a father or mother,
of the offender; or
(b) (i) a brother or sister; or
(ii) any other relative,
of the offender who in the opinion of the court should, in the circumstances of that family, be regarded as a member of the family;
“police officer” has the same meaning assigned to it in the Police Act 1967 [Act 344];
“protected person” means a person who is protected under a protection order;
“protection order” means an order issued under section 5;
“relative” means a person who is related through the full-blood or half-blood, or through marriage or adoption, including de facto adoption;
“safe place” means any home or institution maintained or managed by the Ministry or Department responsible for welfare services or by
any other agency or voluntary organization approved by the Minister for the purposes of this Act;
“shared residence” means the premises at which the parties are, or have been, living together as members of the same household;
“shelter” means any home, institution or any other suitable place of which the occupier or owner is willing to receive a victim temporarily;
“social welfare officer” means a social welfare officer of the Ministry or Department responsible for welfare services and includes an assistant social welfare officer;
“spouse” includes a de facto spouse, that is to say, a person who has gone through a form of ceremony which is recognized as a marriage ceremony according to the religion or custom of the parties concerned, notwithstanding that such ceremony is not registered or not capable of being registered under any written law relating to the solemnization and registration of marriages;
“victim” means a victim of domestic violence.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “anggota lain keluarga” ertinya—
(a) (i) anak lelaki atau anak perempuan dewasa; atau
(ii) ibu atau bapa, pesalah itu; atau
(b) (i) abang, kakak atau adik; atau
(ii) mana-mana saudara lain,
pesalah itu yang pada pendapat mahkamah patut, dalam hal keadaan keluarga itu, dikira sebagai seorang anggota keluarga itu;
“isteri atau suami” termasuk isteri atau suami de facto, iaitu, seseorang yang telah melalui suatu bentuk istiadat yang diiktiraf sebagai istiadat perkahwinan mengikut agama atau adat pihak yang berkenaan, walaupun istiadat itu tidak didaftarkan atau tidak dapat didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan upacara dan pendaftaran perkahwinan;
“kanak-kanak” ertinya seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga pesalah atau keluarga isteri atau suami atau bekas isteri atau bekas suami pesalah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“kediaman alternatif” ertinya premis atau tempat tinggal yang mangsa itu terpaksa atau telah terpaksa mencari atau pindah masuk akibat daripada keganasan rumah tangga;
“kediaman bersama” ertinya premis di mana pihak itu sedang atau telah tinggal bersama sebagai anggota rumah tangga yang sama;
“keganasan rumah tangga” ertinya pelakuan satu perbuatan atau lebih yang berikut:
(a) dengan sengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan, mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
(b) menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan apa-apa perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;
(c) memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual atau selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan;
(d) mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu;
(e) melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan pada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan distres atau kegusaran kepada mangsa itu;
(ea) dengan curang menggelapkan harta mangsa yang menyebabkan mangsa itu mengalami distres kerana kerugian kewangan;
(eb) mengugut mangsa dengan niat untuk menyebabkan mangsa itu takut akan keselamatan dirinya atau keselamatan hartanya, takut akan keselamatan pihak ketiga, atau mengalami distres;
(ec) berhubung dengan mangsa, atau berhubung dengan pihak ketiga tentang mangsa, dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa itu melalui apa-apa cara, elektronik atau selainnya;
(f) menyebabkan penderaan psikologi yang termasuklah kecederaan emosi kepada mangsa;
(g) menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan mangsa atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang; atau
(h) dalam hal jika mangsa ialah seorang kanak-kanak, menyebabkan mangsa itu mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain,
oleh seseorang, sama ada dengan sendiri atau melalui pihak ketiga, terhadap—
(i) isteri atau suaminya;
(ii) bekas isteri atau bekas suaminya;
(iii) kanak-kanak;
(iv) orang dewasa tidak berkeupayaan; atau
(v) mana-mana anggota lain keluarga;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan termasuklah Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri bagi setiap Negeri;
“mahkamah” ertinya—
(a) berkenaan dengan prosiding jenayah yang melibatkan pengataan keganasan rumah tangga, mahkamah yang berwibawa untuk membicarakan kesalahan sebenar yang atasnya tertuduh itu dipertuduh;
(b) berkenaan dengan prosiding sivil bagi pampasan di bawah seksyen 10, mahkamah yang berwibawa untuk mendengar tuntutan itu secara tort;
“mangsa” ertinya seseorang mangsa keganasan rumah tangga;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;
“orang dewasa tidak berkeupayaan” ertinya seseorang yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya tidak berkeupayaan atau lemah, oleh sebab kehilangupayaan fizikal atau mental secara kekal atau sementara atau tidak sihat atau usia tua, yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga orang yang dikatakan telah melakukan keganasan rumah tangga itu, dan termasuklah mana-mana orang yang telah dikurung atau ditahan oleh orang yang dikatakan telah melakukan keganasan rumah tangga itu;
“orang dilindungi” ertinya seseorang yang dilindungi di bawah suatu perintah perlindungan;
“pegawai kebajikan masyarakat” ertinya seseorang pegawai kebajikan masyarakat Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah seseorang penolong pegawai kebajikan masyarakat;
“pegawai penguat kuasa” ertinya seseorang pegawai polis atau pegawai kebajikan masyarakat;
“pegawai polis” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];
“perintah perlindungan” ertinya perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen 5;
“perintah perlindungan interim” ertinya perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen 4;
“perintah perlindungan kecemasan” ertinya perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen 3a;
“saudara” ertinya seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;
“tempat berlindung” ertinya mana-mana rumah, institusi atau mana-mana tempat lain yang sesuai yang penghuni atau pemunyanya bersedia untuk menerima seseorang mangsa buat sementara waktu;
“tempat selamat” ertinya mana-mana rumah atau institusi yang disenggarakan atau diuruskan oleh Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan atau oleh mana-mana agensi lain atau organisasi sukarela yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud Akta ini.
Text as at 1 June 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).