(1) An authorized officer making an investigation under section 9 may obtain information from any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case.
(2) The person shall be legally bound to answer all questions relating to the case put to him by the authorized officer:
Provided that the person may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture.
(3) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth, whether or not the statement is made wholly or partly in answer to questions.
(4) The authorized officer obtaining information from a person shall first inform that person of the provisions of subsections (2) and (3).
(5) A statement made by a person under this section shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by the person making it or affixed with his thumb print, as the case may
be, after it has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any corrections he may wish.
Malay text (authoritative)
Pemeriksaan orang yang mengetahui kes
(1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 9 boleh mendapatkan maklumat daripada mana-mana orang yang disangka mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu.
(2) Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin berkecenderungan mendedahkannya kepada pendakwaan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya untuk menjawab soalan itu.
(4) Pegawai diberi kuasa yang mendapat maklumat daripada seseorang hendaklah pertamanya memberitahu orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5) Suatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangan oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas ia dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia telah membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).