(1) A person, other than a body corporate, but including a director or officer of a body corporate, who commits an offence under, or who fails to comply with, any of the provisions of this Act or any regulation made thereunder in respect of which no penalty is expressly provided for, shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifteen thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both, and for a second or subsequent offence, to a fine not exceeding twenty-five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.
(2) A body corporate which commits an offence under, or fails to comply with, any of the provisions of this Act or any regulation made thereunder shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding twenty-five thousand ringgit and, for a second or subsequent offence, to a fine not exceeding fifty thousand ringgit.
(3) Where a person charged with an offence under any of the provisions of this Act or any regulation made thereunder is a body corporate, every person who, at the time of the commission of the offence is a director or officer of the body corporate may be charged jointly in the same proceedings with the body corporate, and where the body corporate is convicted of the offence charged, every such director or officer shall be deemed to be guilty of that offence unless he proves that the offence was committed without his knowledge or that he took reasonable precautions to prevent its commission.
(4) A person who would have been liable under any of the provisions of this Act or any regulation made thereunder to a penalty for anything done or omitted if the thing had been done or omitted by him personally, shall be liable to the same penalty if the thing has been done or omitted by his partner, agent or servant, unless he proves that he took reasonable precautions to prevent the doing or omission of the thing.
Malay text (authoritative)
Penalti am
(1) Seseorang, selain sesuatu pertubuhan perbadanan, tetapi termasuk seseorang pengarah atau pegawai sesuatu pertubuhan perbadanan, yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah, atau yang gagal mematuhi, mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang penalti baginya tiada diperuntukkan dengan nyatanya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2) Sesuatu pertubuhan perbadanan yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah, atau yang gagal mematuhi, mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(3) Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan adalah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduhkan bersesama dalam pembicaraan yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan itu, tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu
melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.
(4) Seseorang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).