My bookmarksSign up free
← Academy of Sciences Malaysia Act 1994

Academy of Sciences Malaysia Act 1994 s 5

Academy of Sciences Malaysia Act 1994 s 5

s 5 Functions of the Academy

The functions of the Academy are— (a) to promote and foster the development of science, engineering and technology; (b) to provide a forum for the interchange of ideas among scientists, engineers and technologists; (c) to promote national awareness, understanding and appreciation of the role of science, engineering and technology in human progress; (d) to promote creativity among scientists, engineers and technologists; (e) to promote national self-reliance in the field of science, engineering and technology; (f) to act as a forum for maintaining awareness on the part of the Government of the significance of the role of science, engineering and technology in the development process of the nation and for bringing national development needs to the attention of the scientists, engineers and technologists; Laws of Malaysia ACT 524 (g) to analyze particular national problems and identify where science, engineering and technology can contribute to their solution and accordingly to make recommendations to the Government; (h) to keep in touch with developments in science, engineering and technology and identify those developments which are relevant to national needs and to bring such developments to the attention of the Government; (i) to prepare reports, papers or other documents relating to the national science, engineering and technology policy and make the necessary recommendations to the Government; (j) to initiate and sponsor multi-disciplinary studies related to and necessary for the better understanding of the social and economic implications of science, engineering and technology; (k) to encourage research and development and education and training of the appropriate scientific, engineering and technical manpower; (l) to establish and maintain relations between the Academy and overseas bodies having the same or almost similar objectives in science, engineering and technology as the Academy; (m) to do such other things as may be requested by the Government from time to time; and (n) to do such other acts which are consistent with this Act as may be required in order to further the advancement of science, engineering and technology in Malaysia and the welfare and status of the Academy. Academy of Sciences Malaysia

Malay text (authoritative)

Fungsi Akademi

Fungsi Akademi adalah— (a) untuk menggalakkan dan merangsang pembangunan sains, kejuruteraan dan teknologi; (b) untuk mengadakan forum untuk pertukaran pendapat di kalangan ahli sains, jurutera dan ahli teknologi; (c) untuk menggalakkan kesedaran negara, pemahaman dan penghargaan akan peranan sains, kejuruteraan dan teknologi dalam kemajuan manusia; (d) untuk menggalakkan daya reka ciptaan di kalangan ahli sains, jurutera dan ahli teknologi; (e) untuk menggalakkan sifat berdikari negara dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi; (f) untuk bertindak sebagai forum untuk mengekalkan kesedaran di pihak Kerajaan akan pentingnya peranan sains, kejuruteraan dan teknologi dalam proses pembangunan negara dan membawa kepada perhatian ahli sains, jurutera dan ahli teknologi akan keperluan pembangunan negara; (g) untuk menganalisa masalah tertentu negara dan mengenal pasti di mana sains, kejuruteraan dan teknologi dapat memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah itu dan dengan demikian itu membuat syor kepada Kerajaan; (h) untuk sentiasa mengambil perhatian tentang perkembangan sains, kejuruteraan dan teknologi dan mengenal pasti perkembangan itu yang relevan dengan keperluan negara dan membawa kepada perhatian Kerajaan akan perkembangan itu; (i) untuk menyediakan laporan, kertas atau dokumen lain berhubungan dengan dasar sains, kejuruteraan dan teknologi negara dan membuat syor yang perlu kepada Kerajaan; (j) untuk mendayausahakan dan membiayai kajian pelbagai disiplin yang berkaitan dengan serta perlu bagi pemahaman yang lebih baik tentang implikasi sosial dan ekonomi akan sains, kejuruteraan dan teknologi; (k) untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dan pendidikan dan latihan tenaga manusia yang sesuai dalam bidang saintifik, kejuruteraan dan teknikal; (l) untuk mengadakan dan mengekalkan hubungan antara Akademi dan badan-badan luar negeri yang mempunyai objektif yang sama atau hampir serupa dengan objektif Akademi dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi; (m) untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diminta oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; dan Akademi Sains Malaysia (n) untuk melakukan apa-apa tindakan lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang dikehendaki untuk meningkatkan pemajuan sains, kejuruteraan dan teknologi di Malaysia dan kebajikan serta taraf Akademi.

Read this section in the full act →

Find Act 524 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next