The Director General shall—
(a) be responsible for the administration and enforcement of this Act;
(b) exercise supervision and control on the safety aspects relating to mines and to the fossicking, panning, exploration, mining, possession, movement, storage and processing of minerals and mineral ores in accordance with this Act;
(c) obtain information on and keep records of operations pertaining to the fossicking, panning, exploration, mining, possession, movement, storage, processing, purchase and sale of minerals and mineral ores;
(d) perform such functions in relation to this Act as the Minister may from time to time determine; and
(e) carry on such other activities as may appear to the Director General requisite, advantageous or convenient for the purpose of carrying out the provisions of this Act.
Malay text (authoritative)
Fungsi dan kewajipan Ketua Pengarah
Ketua Pengarah hendaklah—
(a) bertanggungjawab bagi pentadbiran dan penguatkuasaan Akta ini;
(b) menjalankan pengawasan dan kawalan ke atas aspek keselamatan berhubungan dengan lombong dan bagi pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, pemilikan, pergerakan, penyimpanan dan pemprosesan mineral dan bijih mineral mengikut Akta ini;
(c) mendapatkan maklumat tentang dan menyimpan rekod pengendalian mengenai pemfosikan, pendulangan,
penjelajahan, perlombongan, pemilikan, pergerakan, penyimpanan, pemprosesan, pembelian dan penjualan mineral dan bijih mineral;
(d) melaksanakan apa-apa fungsi berhubungan dengan Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan
(e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ternyata kepada Ketua Pengarah dikehendaki, berfaedah atau sesuai bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini.
Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).