My bookmarksSign up free
← Mineral Development Act 1994

Mineral Development Act 1994 s 63

Mineral Development Act 1994 s 63

s 63 Regulations

(1) The Minister may make regulations in respect of any matter which may be prescribed under this Act. (2) In particular and without prejudice to the generality of subsection (1), such regulations may— (a) subject to the rights of the holder of a mineral tenement, determine certain minerals and mineral ores to be subjected to licensing requirements for possession, purchase, sale, movement, transport, storage and mineral processing; (b) control and regulate the production, possession, purchase, sale, delivery and export of minerals and mineral ores in order to meet the obligations imposed by international organizations of which Malaysia is a member, without prejudice however to the provisions of any other written law on the matter; (c) prescribe environmental protection measures, effluent standards, noise standards, vibration standards and other standards and means to protect the environment: Provided that such prescribed measures, standards or means shall not conflict with any provision of the Environmental Quality Act 1974 [Act 127]; (d) prescribe requirements and standards for the use of explosives and blasting agents, dangerous and toxic materials, ventilation, sanitary conditions and hygiene in exploration and mining areas; (e) generally prescribe and provide for fees under this Act and the manner for collecting and disbursing such fees; (f) prescribe the submission by any owner or manager of any mine of statistical returns and the keeping and production by them of books and plans; (g) prescribe the required content of any operational mining scheme, plan, report or record book as may be required under this Act; (h) prescribe the procedure of any proceedings for the conduct of any inquiry under this Act; (i) provide for the safety of employees in fossicking, panning, exploration and mining area; (j) prescribe the offences under this Act or any regulations made under this Act which may be compounded and the method and procedure for compounding such offences; (k) provide for any other matter generally to give effect to the provisions of this Act. (3) Regulations made under this section may prescribe any act or omission in contravention of the regulations to be an offence and may prescribe penalties of a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding five years or to both, and in the case of a continuing offence, may prescribe a further fine of two thousand ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan apa-apa perkara yang ditetapkan di bawah Akta ini. (2) Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan tersebut boleh— (a) tertakluk kepada hak-hak pemegang sesuatu teneman mineral, menentukan mineral dan bijih mineral tertentu yang dijadikan tertakluk kepada kehendak pelesenan bagi pemilikan, pembelian, penjualan, penggerakan, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan mineral; (b) mengawal dan mengawal selia pengeluaran, pemilikan, pembelian, penjualan, penghantaran dan pengeksportan mineral dan bijih mineral untuk memenuhi obligasi yang dikenakan oleh pertubuhan antarabangsa yang Malaysia adalah ahlinya, tanpa menjejaskan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai perkara itu; (c) menetapkan langkah-langkah perlindungan alam sekeliling, standard efluen, standard bunyi, standard getaran dan standard lain dan cara bagi melindungi alam sekeliling: Dengan syarat bahawa apa-apa langkah, standard atau cara itu tidak boleh bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]; (d) menetapkan kehendak dan standard bagi penggunaan ejen bahan letupan dan ledakan, bahan berbahaya dan toksik, penganginan, keadaan sanitasi dan kebersihan dalam kawasan penjelajahan dan perlombongan; (e) secara am menetapkan dan membuat peruntukan bagi fi di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan pembayaran balik fi itu; (f) menetapkan pengemukaan oleh mana-mana pemunya atau pengurus mana-mana lombong penyata perangkaan dan penyimpanan dan pengemukaan buku dan pelan oleh mereka; (g) menetapkan kandungan yang dikehendaki bagi mana-mana skim pengendalian melombong, pelan, laporan atau buku rekod sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini; (h) menetapkan tatacara apa-apa prosiding bagi penjalanan apaapa siasatan di bawah Akta ini; (i) mengadakan peruntukan bagi keselamatan pekerja dalam kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan dan perlombongan; (j) menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaunkan dan cara dan tatacara bagi mengkompaunkan kesalahan itu; (k) membuat peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukan Akta ini. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh menetapkan denda selanjutnya sebanyak dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 525 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next