Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995 s 12
s 12 Laws of Malaysia Act 533 Appointment of committees
(1) For the purposes of performing its functions, the Board may establish such committees as it considers necessary, and with such terms of reference as it may specify.
(2) Members of a committee established under subsection (1) may be appointed from amongst members of the Board or such other persons as the Board thinks fit.
(3) Persons who are disqualified from being members of the Board under section 8 shall also be disqualified from being members of a committee.
(4) A member of the committee shall hold office for such term as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment.
(5) The Board may revoke the appointment of any member of a committee without assigning any reason therefor.
(6) A member of a committee may at any time resign by giving notice in writing to the Chairman of the Board.
Malay text (authoritative)
Pelantikan jawatankuasa
(1) Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh menubuhkan jika difikirkannya perlu, apa-apa jawatankuasa dan dengan apa-apa bidang tugas yang dinyatakan.
(2) Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) bolehlah dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Lembaga.
(3) Orang yang hilang kelayakan daripada menjadi anggota Lembaga di bawah seksyen 8 adalah juga tidak layak untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
(4) Seseorang anggota suatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
(5) Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
(6) Seseorang anggota suatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.
(7) Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun daripada wang Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.
Read this section in the full act →
Find Act 533 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).