My bookmarksSign up free
← Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995

Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995 s 18

Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995 s 18

s 18 Regulations with respect to discipline

(1) The Board may, from time to time, with the approval of the Minister make regulations with respect to the discipline of its employees. (2) The regulations made under this section may include provisions for— (a) the interdiction with reduction in salary or in other remuneration; or (b) the suspension without salary or other remuneration, of an employee of the Board during the pendency of disciplinary proceedings against him. Inland Revenue Board of Malaysia (3) The regulations made under this section shall create such disciplinary offences and provide for such disciplinary punishments as the Board may deem appropriate, and the punishment so provided may extend to dismissal or reduction in rank. (4) The regulations made under this section, may in prescribing the procedure for disciplinary proceedings, provide for an opportunity for representations to be made by the person against whom the disciplinary proceedings are taken before a decision is arrived at by the Board on the disciplinary charge laid against such person.

Malay text (authoritative)

Tatatertib

(1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang itu. (2) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pekerjanya. (3) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini— (a) boleh mewujudkan kesalahan tatatertib; (b) boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga dan hukuman itu boleh meliputi— (i) amaran; (ii) denda; (iii) pelucuthakan emolumen; (iv) penangguhan pergerakan gaji; (v) pengurangan gaji; (vi) penurunan pangkat; dan (vii) buang kerja; (c) hendaklah memberikan kepada pekerja yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa Tatatertib kecuali dalam hal yang berikut: (i) jika seseorang pekerja dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan salah laku yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya; (ii) jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau (iii) jika telah— (A) dibuat terhadap seseorang pekerja apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran; atau (B) dikenakan terhadap seseorang pekerja apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya Malaysia, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen atau perlindungan wanita dan gadis atau perlindungan kanak-kanak; (d) boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen seseorang pekerja semasa menanti selesainya prosiding jenayah atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat; (e) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa emolumen seseorang pekerja— (i) jika pekerja itu telah disabitkan oleh suatu mahkamah jenayah; atau (ii) jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dikenakan ke atas pekerja itu; dan (f) boleh mengadakan peruntukan bagi tatacara pendengaran sesuatu rayuan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 18C.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 533 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next