My bookmarksSign up free
← Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995

Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995 s 18D

Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995 s 18D

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 18D Penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam

(1) Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat kepada Lembaga bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pekerja ditamatkan demi kepentingan awam, Lembaga boleh mengarahkan pegawai atasan kepada pekerja yang terhadapnya representasi itu dibuat supaya mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan lengkap yang hendaklah mengandungi butir-butir yang berhubungan dengan kerja dan kelakuan pekerja itu, dan ulasan Ketua Jabatan pegawai itu. (2) Jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa dengan mengambil kira syarat perkhidmatan, kerja, kelakuan dan kebergunaan pekerja itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pekerja itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

Read this section in the full act →

Find Act 533 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next