s 20 Imposition of surcharge
(1) If the Board is satisfied that any person who is or was in its employment—
(a) is or was responsible for any improper payment of moneys from the Fund or for any payment of such moneys which is not duly vouched;
(b) is or was responsible for any deficiency in, or for the destruction of, any moneys, securities, stores or other property of the Board;
(c) being or having been an accounting officer, fails or has failed to keep proper accounts or records; or
(d) has failed to make any payment, or is or was responsible for any delay in the payment, of moneys from the Board to any person to whom such payment is due under any contract, agreement or arrangement entered into between that person and the Board,
Laws of Malaysia Act 533 and if a satisfactory explanation is not furnished to the Board within a period specified by the Board, with regard to the failure to collect, improper payment, payment not duly vouched, deficiency or destruction, or failure to keep proper accounts or records, or failure to make payment, or delay in making payment, the Board may surcharge against the said person a sum not exceeding the amount of any such amount not collected, such payment, deficiency, or loss or the value of the property destroyed, as the case may be; and with regard to the failure to keep proper accounts or records, or the failure to make payment, or the delay in making payment, the Board may surcharge against the said person such sum as the Board may think fit.
(2) The Board shall cause the chief executive officer to be notified of any surcharge made under subsection (1) and the chief executive officer shall thereupon notify the person surcharged.
(3) The Board may at any time withdraw any surcharge in respect of which a satisfactory explanation has been received or if it otherwise appears that no surcharge should have been made, the Board shall at once cause the chief executive officer to be notified of such withdrawal.
(4) The amount of any surcharge imposed under subsection (1) and not withdrawn under subsection (3) shall be a debt due to the Board from the person against whom the surcharge is imposed and may be sued for and recovered in any court at the suit of the Board and may also be recovered by deduction—
(a) from the salary of the person surcharged if the Board so directs; or
(b) from the pension of the person surcharged if the Board so directs,
by equal monthly instalments not exceeding one-fourth of the total monthly salary or pension, as the case may be, of the person.
Malay text (authoritative)
Pengenaan surcaj
(1) Jika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Lembaga—
(a) bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang dengan tidak sepatutnya daripada Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak disokong dengan sewajarnya;
(aa) tidak atau telah tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang bagi pemungutannya dia adalah atau telah dipertanggungjawabkan;
(b) bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan pada, apa-apa wang, sekuriti, barang atau harta lain Lembaga;
(c) yang menjadi atau pernah menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
(d) telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apaapa kelengahan dalam pembayaran, akan wang daripada
Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga,
dan jika penjelasan yang memuaskan tidak dikemukakan kepada Lembaga dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga, berkenaan dengan kegagalan untuk memungut, pembayaran tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disokong dengan sewajarnya, kekurangan atau kemusnahan, atau kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, maka Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang yang tidak melebihi amaun itu bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, mana-mana pembayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang dimusnahkan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(2) Lembaga hendaklah menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan ketua pegawai eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, Lembaga hendaklah dengan serta-merta menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu.
(4) Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga oleh orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh didakwa dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah secara guaman oleh Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—
(a) daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau
(b) daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian,
secara ansuran bulanan yang setara yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).