My bookmarksSign up free
← Tabung Haji Act 1995

Tabung Haji Act 1995 s 11

Tabung Haji Act 1995 s 11

s 11 Committees

(1) For the purposes of performing its functions, the Lembaga may establish, if it considers necessary, committees, each consisting of such number of members and with such terms of reference as it may specify. (2) Persons who are disqualified from being appointed to be members or from being members of the Lembaga under subsection 6(3) shall also be disqualified from being appointed to be members or from being members of a committee. (3) A member of a committee shall hold office for such term as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment. (4) The Lembaga may revoke the appointment of any member of a committee without assigning any reason therefor. (5) A member of a committee may at any time resign by giving notice in writing to the Chief Executive Officer. (6) Each committee shall meet at least once in every two months. (7) If a member of a committee— (a) fails to attend three consecutive meetings of the committee without the permission in writing of the Chief Executive Officer; or (b) becomes disqualified under subsection (2), his office as a member of the committee shall become vacant. (8) Subject to subsections (6) and (9), sections 7, 8 and 9 shall apply to a committee and its members as they apply to the Lembaga and its members. (9) In their application to a committee— (a) section 7 shall be read as if for the word “Minister” there is substituted the word “Lembaga”; and (b) section 9 shall apply to a member of a committee in respect of any contract or any acquisition, purchase, lease or dealing in land or any project, investment or scheme with which such committee is concerned.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa

(1) Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh menubuhkan, sekiranya difikirkannya perlu, jawatankuasa, yang setiap satunya terdiri daripada apa-apa bilangan anggota dan dengan bidang tugas yang ditentukannya. (2) Orang yang tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota Lembaga di bawah subseksyen 6(3) adalah juga tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa. (3) Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula. (4) Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya. (5) Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bilabila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif. (6) Setiap jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurangkurangnya tiap-tiap dua bulan sekali. (7) Jika seseorang anggota sesuatu jawatankuasa— (a) tidak menghadiri tiga mesyuarat jawatankuasa berturutturut tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai Eksekutif; atau (b) menjadi tidak layak di bawah subseksyen (2), jawatannya sebagai anggota jawatankuasa hendaklah menjadi kosong. (8) Tertakluk kepada subseksyen (6) dan (9), seksyen 7, 8 dan 9 hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa dan anggotanya sebagaimana seksyen itu terpakai bagi Lembaga dan anggotanya. (9) Dalam pemakaiannya bagi sesuatu jawatankuasa— (a) seksyen 7 hendaklah dibaca seolah-olah perkataan “Menteri” digantikan dengan perkataan “Lembaga”; dan (b) seksyen 9 hendaklah terpakai bagi seseorang anggota sesuatu jawatankuasa berkenaan dengan apa-apa kontrak atau apa-apa perolehan, pembelian, pajakan atau urus niaga mengenai tanah atau apa-apa projek, pelaburan atau skim yang menjadi urusan jawatankuasa itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 535 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next