My bookmarksSign up free
← Tabung Haji Act 1995

Tabung Haji Act 1995 s 13

Tabung Haji Act 1995 s 13

s 13 Appointment of officers, servants, agents, advisers, etc.

(1) Subject to such regulations as may be made under sections 14 and 15, the Lembaga may from time to time— (a) appoint and employ on such terms and conditions as the Lembaga may think fit such persons to be the managing director, executive director, general manager and such other officers and servants as may be necessary for carrying out the purposes of this Act; and (b) exercise disciplinary control over its officers and servants. (2) The Lembaga may employ and pay agents and technical advisers including advocates and solicitors, bankers, stockbrokers, surveyors or valuers or other persons, to transact any business or to do any act required to be transacted or done in the execution of its functions or for the better carrying into effect the purposes of this Act, and may pay from the Fund all charges and expenses so incurred. (3) The Lembaga may by instrument under its seal appoint any person whether in Malaysia or any place outside Malaysia to be its attorney and a person so appointed may, subject to the terms of the instrument, do any act or execute any power or function which he is authorized by the instrument to do or execute.

Malay text (authoritative)

Pelantikan pegawai, pekhidmat, ejen, penasihat, dsb.

(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14 dan 15, Lembaga boleh dari semasa ke semasa— (a) melantik dan mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga mana-mana orang untuk menjadi pengarah urusan, pengarah eksekutif, pengurus besar dan mana-mana pegawai dan pekhidmat lain yang perlu untuk menjalankan maksud Akta ini; dan (b) menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmatnya. (2) Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada Kumpulan Wang segala caj dan belanja yang dilakukan sedemikian. (3) Lembaga boleh melalui surat cara di bawah meterainya melantik mana-mana orang sama ada di Malaysia atau manamana tempat di luar Malaysia untuk menjadi wakilnya dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada terma surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukannya atau melaksanakannya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 535 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next