Tabung Haji Act 1995 s 15
s 15 Fund
(1) There shall be established, for the purposes of this Act, a fund to be administered and controlled by the Lembaga.
(2) The Fund shall consist of—
(a) deposits received under section 16;
(b) all grants, donations, gifts, contributions, and bequests made to or in favour of the Lembaga;
(c) such sums as may be paid from time to time to the Lembaga from any financing or financial assistance made by the Lembaga and all sums from time to time falling due to the Lembaga in respect of the repayment of any financing or financial assistance made from the Fund;
(d) moneys earned by the operation of any project, agency, scheme or enterprise financed from the Fund;
(e) such fees and other moneys as may be prescribed;
(f) any property, investment, mortgage, lease, tenancy, charge or debenture acquired by or vested in the Lembaga and moneys earned or arising therefrom;
(g) all income from the investment of the Reserve Fund;
(h) all sums borrowed by the Lembaga; and
(i) all other sums or property which may in any manner become payable to or vested in the Lembaga in respect of any matter incidental to its functions, powers or duties.
(3) The Fund may be expended for all or any of the following purposes:
(a) withdrawals of deposits with or without such distributable profits as may be determined by the Lembaga thereon in accordance with this Act;
(b) repayments on borrowings and such other outgoings and expenditure as may be permitted by this Act or any regulation made under this Act;
(c) administrative expenses including remuneration and termination benefits;
(d) other expenses incidental to the management of the Fund and the functions of the Lembaga including any moneys required to satisfy any judgment, decision or award by any court or tribunal against the Lembaga, any member of the Lembaga or any committee, or any officer, servant or agent of the Lembaga in respect of any act, neglect or default done or committed by him in carrying out the functions of the Lembaga; and
(e) the granting of loans and making of advances to officers and servants of the Lembaga where permitted by this Act or regulations made under this Act.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang
(1) Hendaklah ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) deposit yang diterima di bawah seksyen 16;
(b) segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan, dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Lembaga;
(c) apa-apa jumlah wang yang mungkin dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Lembaga dan segala jumlah wang yang dari semasa ke semasa kena dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan daripada Kumpulan Wang;
(d) wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(e) apa-apa fi dan wang lain yang ditetapkan;
(f) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga dan wang yang diperoleh atau berbangkit daripadanya;
(g) segala pendapatan daripada pelaburan Kumpulan Wang Rizab;
(h) segala wang yang dipinjam oleh Lembaga; dan
(i) segala wang atau harta lain yang mungkin mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.
(3) Kumpulan Wang boleh digunakan bagi semua atau manamana maksud yang berikut:
(a) pengeluaran deposit dengan atau tanpa keuntungan boleh agih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atas deposit itu mengikut Akta ini;
(b) pembayaran balik pinjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(c) belanja pentadbiran termasuk saraan dan faedah penamatan;
(d) belanja lain yang bersampingan dengan pengurusan Kumpulan Wang dan fungsi Lembaga termasuk apaapa wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam menjalankan fungsi Lembaga; dan
(e) pemberian pinjaman dan pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga jika dibenarkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 535 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).