My bookmarksSign up free
← Tabung Haji Act 1995

Tabung Haji Act 1995 s 27

Tabung Haji Act 1995 s 27

s 27 Restriction on pilgrim organizers

(1) No person shall— (a) carry out or transact the business of organizing travel for the purpose of pilgrimage to the Holy Land; (b) advertise that he carries out or transacts the business of organizing travel, or that he organizes travel, for the purpose of pilgrimage to the Holy Land; (c) make or continue to make any representation to the effect that he carries out or transacts the business of organizing travel, or that he organizes travel, for the purpose of pilgrimage to the Holy Land; or (d) do any act or thing which can reasonably lead the Lembaga to believe that such person will carry out or transact the business of organizing travel, or will organize travel, for the purpose of pilgrimage to the Holy Land, unless he is the holder of a valid pilgrim organizer licence issued by the Lembaga. (2) Any person who contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence and shall on conviction— (a) in respect of a first offence, be liable to a fine not less than one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both; and (b) in respect of the second or any subsequent offence, be liable to a fine not less than five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.

Malay text (authoritative)

Sekatan ke atas pengelola jemaah haji

(1) Tiada seorang pun boleh— (a) menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji; (b) mengiklankan bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji; (c) membuat atau terus membuat apa-apa representasi yang bermaksud bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji; atau (d) melakukan apa-apa perbuatan atau benda yang boleh semunasabahnya mendorong Lembaga untuk mempercayai bahawa orang itu akan menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau akan mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji, melainkan jika dia memegang lesen pengelola jemaah haji yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan— (a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya; dan (b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, boleh didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 535 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next