My bookmarksSign up free
← Tabung Haji Act 1995

Tabung Haji Act 1995 s 28

Tabung Haji Act 1995 s 28

s 28 Application for licence and issuance of licence

(1) An application for a pilgrim organizer licence shall be made to the Lembaga in writing in such manner as may be prescribed. (2) The Lembaga may require an applicant for a pilgrim organizer licence to provide such additional information or document as it may deem necessary for the purpose of determining the application. (3) The Lembaga may, after considering an application made under subsection (1) and any additional information or document provided pursuant to a requirement under subsection (2), issue to the applicant a pilgrim organizer licence upon payment of the prescribed fee and subject to such terms and conditions, if any, as it deems fit or may, if it deems fit, refuse to issue such licence without assigning any reason therefor. (4) Every pilgrim organizer licence shall, unless sooner revoked or suspended, continue in force for the duration of the period specified in the licence.

Malay text (authoritative)

Permohonan lesen dan pengeluaran lesen

(1) Sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen pengelola jemaah haji hendaklah dibuat kepada Lembaga secara bertulis mengikut cara yang ditetapkan. (2) Lembaga boleh menghendaki seseorang pemohon bagi lesen pengelola jemaah haji supaya memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan permohonan itu. (3) Lembaga boleh, selepas menimbangkan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang diberikan menurut sesuatu kehendak di bawah subsekyen (2), mengeluarkan kepada pemohon suatu lesen pengelola jemaah haji apabila dibayar fi yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut atau boleh, jika disifatkannya patut, enggan mengeluarkan lesen sedemikian tanpa memberikan apaapa sebab baginya. (4) Tiap-tiap lesen pengelola jemaah haji hendaklah, melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, terus berkuat kuasa selama tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 535 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next