Tabung Haji Act 1995 s 31
s 31 Obligation of pilgrim organizer where pilgrim is detained in the Holy Land or elsewhere
(1) Every pilgrim organizer or his agent resident in Malaysia shall be responsible for the due performance of the following obligations in respect of every aircraft chartered or arranged for by him for the conveyance of pilgrims to or from the Holy Land:
(a) that where any pilgrim is detained in the Holy Land or elsewhere for a period longer than twenty-four hours from the hour and date when accommodation on such aircraft was to have been available, the pilgrim organizer shall pay to the Malaysian Ambassador or Consul in the Holy Land or elsewhere such sum as the Lembaga may from time to time determine to be sufficient as subsistence allowance for each such pilgrim until such pilgrim has an opportunity of being conveyed back to Malaysia; and
(b) that where any pilgrim provided with a return ticket issued in Malaysia is detained in the Holy Land or elsewhere owing to no accommodation being offered by an aircraft for which his ticket is available, for a period longer than the maximum number of days determined by the Lembaga from time to time to be calculated from the
hour and date when such accommodation on an aircraft was to have been available, such pilgrim organizer shall pay to the Minister in respect of each such pilgrim any sum which the Minister may claim as the cost of repatriating such pilgrim.
(2) The period referred to in subsection (1) shall not begin to run so long as the aircraft is prevented from carrying pilgrims on the homeward voyage by war disturbance or vis major of any kind.
(3) A certificate of such detention purporting to be signed and sealed with the consular seal of the Malaysian Ambassador or Consul in the Holy Land or elsewhere shall be admissible as evidence of all facts stated therein and shall be received in evidence without prior proof of signature in any court of law in Malaysia or in any arbitration.
Malay text (authoritative)
Obligasi pengelola jemaah haji jika jemaah haji tertahan di Tanah Suci atau di tempat lain
(1) Tiap-tiap pengelola jemaah haji atau ejennya yang bermastautin di Malaysia hendaklah bertanggungjawab bagi pelaksanaan wajar obligasi yang berikut berkenaan dengan tiaptiap pesawat udara yang dicarter atau baginya perkiraan dibuat olehnya bagi membawa jemaah haji ke atau dari Tanah Suci:
(a) bahawa jika mana-mana jemaah haji tertahan di Tanah Suci atau di tempat lain selama tempoh yang lebih lama daripada dua puluh empat jam dari masa dan tarikh tempat dalam pesawat udara itu sepatutnya ada, pengelola jemaah haji itu hendaklah membayar kepada Duta atau Konsul Malaysia di Tanah Suci atau di tempat lain apaapa jumlah wang yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa sebagai mencukupi untuk elaun sara hidup bagi setiap jemaah haji itu sehingga jemaah haji itu mempunyai peluang untuk dibawa balik ke Malaysia; dan
(b) bahawa jika mana-mana jemaah haji yang diberi tiket pergi balik yang dikeluarkan di Malaysia tertahan di Tanah Suci atau di tempat lain kerana tiada tempat diberikan oleh sesuatu pesawat udara yang baginya tiketnya boleh digunakan, selama apa-apa tempoh yang lebih lama daripada bilangan maksimum hari yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa yang kiraannya hendaklah dibuat dari masa dan tarikh apabila tempat atas pesawat udara itu sepatutnya ada, maka pengelola jemaah haji itu hendaklah membayar kepada Menteri berkenaan dengan setiap jemaah haji sedemikian apaapa jumlah wang yang dituntut oleh Menteri sebagai kos untuk menghantar pulang jemaah haji itu.
(2) Tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh bermula selagi pesawat udara itu terhalang daripada membawa jemaah haji dalam perjalanan pulang kerana gangguan perang atau apa-apa jenis vis major.
(3) Perakuan tentang tahanan itu yang berupa sebagai ditandatangani dan dimeteraikan dengan meterai konsular Duta atau Konsul Malaysia di Tanah Suci atau di tempat lain boleh diterima sebagai
keterangan mengenai segala fakta yang dinyatakan dalamnya dan hendaklah diterima, tanpa terlebih dahulu dibuktikan dengan tandatangan, sebagai keterangan dalam mana-mana mahkamah di Malaysia atau dalam mana-mana timbang tara.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 535 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).