(1) No pilgrim shall travel or attempt to travel to the Holy Land to perform the pilgrimage unless the Lembaga has issued to him a written certificate confirming that the pilgrim has—
(a) been duly issued with a Passport Haji;
(b) been issued by the relevant authorities and through the Lembaga a valid visa to perform the pilgrimage in the Holy Land for the current pilgrimage season;
(c) paid or caused to be paid in full for his return ticket to travel to the Holy Land to perform the pilgrimage and return therefrom or, in the case of a pilgrim to whom written authority has been granted under section 33, has paid or caused to be paid in full for his single journey ticket;
(d) paid or caused to be paid in full such further sum as may be determined by the Lembaga to be sufficient for the pilgrim’s living expenses for the whole duration of his stay in the Holy Land and such payment has been duly confirmed as received by the Lembaga or by the relevant pilgrim organizer; and
(e) undergone such medical examination as may be approved by the Lembaga.
(2) The Lembaga may in its absolute discretion exempt any person from the application of any part of this section or amend or vary any of the requirements under this section in respect of any person.
Malay text (authoritative)
Syarat bagi perjalanan ke Tanah Suci
(1) Tiada jemaah haji boleh melakukan perjalanan atau cuba melakukan perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji melainkan jika Lembaga telah mengeluarkan kepadanya suatu perakuan bertulis yang mengesahkan bahawa jemaah haji itu sudah—
(a) dikeluarkan kepadanya dengan sewajarnya suatu Pasport Haji;
(b) dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa yang relevan dan melalui Lembaga visa yang sah untuk menunaikan haji di Tanah Suci bagi musim haji semasa;
(c) membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket pergi baliknya untuk perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan pulang dari Tanah Suci atau, dalam hal jemaah haji yang telah diberi kebenaran bertulis di bawah seksyen 33, sudah membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket perjalanan sehalanya;
(d) membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya apa-apa jumlah wang tambahan yang ditentukan oleh Lembaga sebagai mencukupi bagi belanja hidup jemaah haji itu sepanjang keseluruhan tempoh dia tinggal di Tanah Suci dan bayaran itu sudah disahkan sewajarnya diterima oleh Lembaga atau oleh pengelola jemaah haji yang relevan; dan
(e) menjalani apa-apa pemeriksaan perubatan yang diluluskan oleh Lembaga.
(2) L e m b a g a b o l e h m e n g i k u t b u d i b i c a r a m u t l a k n y a mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian mana-mana bahagian seksyen ini atau meminda atau mengubah mana-mana kehendak di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana orang.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).