My bookmarksSign up free
← Tabung Haji Act 1995

Tabung Haji Act 1995 s 4

Tabung Haji Act 1995 s 4

s 4 Functions of the Lembaga

(1) The Lembaga shall have the following functions: (a) to administer the Fund; (b) to administer all matters concerning the welfare of pilgrims and to formulate policies in connection therewith; and (c) to do such other things as it may be required or permitted to do under this Act. (2) The Lembaga shall have power to perform any or all of its functions wholly or partly in Malaysia or outside Malaysia. (3) The Lembaga may, with the approval of the Minister— (a) enter into any partnership, joint venture, undertaking or any other form of co-operation or arrangement for the sharing of profits or carry on its activities in association with, or otherwise, any person, public authority or government carrying on or engaging in any such activities; (b) take or otherwise acquire shares and securities in any public authority, corporation or other body and may sell, hold or re-issue such shares or securities or otherwise dispose of or deal with them; (c) establish a corporation by such name as the Lembaga may think fit to carry out and have the charge, conduct and management of any project, scheme or enterprise which has been planned or undertaken by the Lembaga; or (d) establish or promote the establishment of companies under the Companies Act 1965 [Act 125] to carry on or engage in any activity which has been planned or undertaken by the Lembaga. (4) The provisions of the Schedule shall apply to a corporation established under paragraph (3)(c).

Malay text (authoritative)

Fungsi Lembaga

(1) Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) mentadbirkan Kumpulan Wang; (b) mentadbirkan segala perkara yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji dan untuk merumuskan dasar yang berkaitan dengannya; dan (c) melakukan apa-apa benda lain yang dikehendaki atau dibenarkan dilakukan di bawah Akta ini. (2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya secara keseluruhannya atau sebahagiannya di Malaysia atau di luar Malaysia. (3) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri— (a) menyertai apa-apa perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bagi berkongsi keuntungan atau menjalankan aktiviti-aktivitinya bersama-sama dengan, atau selainnya, mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau kerajaan yang menjalankan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti sedemikian; (b) mengambil atau selainnya memperoleh syer dan sekuriti dalam mana-mana pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain dan boleh menjual, memegang atau mengeluarkan semula syer atau sekuriti itu atau selainnya melupuskan atau berurusan dengannya; (c) menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga; atau (d) menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga. (4) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (3)(c).

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 535 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next