My bookmarksSign up free
← Tabung Haji Act 1995

Tabung Haji Act 1995 s 49

Tabung Haji Act 1995 s 49

s 49 Continuance of laws, etc.

(1) Subject to this Act, all written laws affecting or for the protection of the Lembaga Urusan dan Tabung Haji and in force immediately before the appointed day shall, until amended or revoked by the authority having power so to do, continue in force on and after the appointed day and be construed as if this Act had not been enacted. (2) All subsidiary legislations made or deemed to have been made under the repealed Act and in force immediately before the appointed day shall, insofar as they are not inconsistent with the provisions of this Act, be deemed to have been made under this Act and shall continue in force until they are revoked, they are replaced or they expire. (3) Any reference in any written law to the repealed Act or the Lembaga Urusan dan Tabung Haji shall, unless the context otherwise requires, be construed as references to this Act or the Lembaga, as the case may be, and expressions importing such a reference shall be construed accordingly.

Malay text (authoritative)

Keberterusan undang-undang, dsb.

(1) Tertakluk kepada Akta ini, segala undang-undang bertulis yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga Urusan dan Tabung Haji dan berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa pada dan selepas hari yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat. (2) Segala perundangan subsidiari yang dibuat atau disifatkan telah dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, setakat yang selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan, digantikan atau habis tempohnya. (3) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Akta yang dimansuhkan atau Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan ungkapan yang mengandungi sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VIII β†’

Find Act 535 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next