Tabung Haji Act 1995 s 53
s 53 Continuance of civil and criminal proceedings
(1) Subject to this Act, neither the repeal of the repealed Act nor anything contained in this Act shall affect any person’s liability to be prosecuted or punished for offences committed under the repealed Act before the appointed day, or any proceedings brought or sentence imposed before that day in respect of such offence.
(2) Subject to this Act, any proceedings (whether civil or criminal) or cause of action pending or existing immediately before the appointed day by or against the Lembaga Urusan dan Tabung Haji or any person acting on behalf of the Lembaga Urusan dan Tabung Haji may be continued or instituted by or against the Lembaga as it might have been by or against the Lembaga Urusan dan Tabung Haji or such person as if this Act had not been enacted.
(3) Any appeal brought or any leave to appeal applied on or after the appointed day against a decision given in any legal proceedings before that day may be brought by or against the Lembaga as it might have been brought by or against the Lembaga Urusan dan Tabung Haji as if this Act had not been enacted.
Malay text (authoritative)
Keberterusan prosiding sivil dan jenayah
(1) Tertakluk kepada Akta ini, baik pemansuhan Akta yang dimansuhkan mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum atas kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum hari yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian.
(2) Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga Urusan dan Tabung
Haji boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana prosiding itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
(3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Read this section in the full act → · Open Part VIII →
Find Act 535 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).