Perbadanan Putrajaya Act 1995 s 14
s 14 The chief executive officer
(1) The President shall be the chief executive officer of the Perbadanan on such terms and conditions as may seem desirable to the Perbadanan and the Perbadanan shall vest in him such powers and impose upon him such duties as may be determined by the Perbadanan.
(2) The Chief Executive shall be responsible for—
(a) the preparation of all programmes, schemes and projects for the consideration of the Perbadanan;
(b) the execution of all programmes, schemes and projects of the Perbadanan; and
(c) the carrying out of the decisions and directions of the Perbadanan.
Laws of Malaysia Act 536
(3) The Chief Executive shall have general control of the other officers and servants of the Perbadanan.
(4) The Chief Executive shall perform such further duties as the Perbadanan may, from time to time, direct.
(5) In discharging his duties, the Chief Executive shall act under the general authority and directions of the Perbadanan.
(6) If the Chief Executive is temporarily absent from Malaysia or is temporarily incapacitated through illness or for any other sufficient reason from the performance of his duties, the Perbadanan may direct any other officer of the Perbadanan to perform his duties during such temporary absence or incapacity.
Malay text (authoritative)
Ketua pegawai eksekutif
(1) Presiden hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan wajar oleh Perbadanan dan Perbadanan hendaklah meletakhakkan padanya apaapa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Perbadanan.
(2) Ketua Eksekutif adalah bertanggungjawab bagi —
(a) penyediaan segala program, skim dan projek untuk pertimbangan Perbadanan;
(b) pelaksanaan segala program, skim dan projek Perbadanan; dan
(c) penjalanan keputusan dan arahan Perbadanan.
(3) Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan.
(4) Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.
(5) Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Perbadanan.
(6) Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi, untuk melaksanakan kewajipannya, Perbadanan boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Perbadanan melaksanakan kewajipan Ketua Eksekutif semasa Ketua Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 536 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).