Perbadanan Putrajaya Act 1995 s 30
s 30 Acquisition of land
(1) When any immovable property in the Federal Territory of Putrajaya, not being State land, is needed to be acquired by the Perbadanan for the purpose of this Act, such property may be acquired in accordance with the provisions of any written law for the time being in force in the State relating to the acquisition of land for a public purpose, and any declaration required by any such written law that such land is so needed may be made notwithstanding that compensation is to be paid by the Perbadanan, and such declaration shall have effect as if it were a declaration that such land is needed for a public purpose in accordance with such written law.
(2) All expenses and compensation payable for the acquisition of any immovable property under this section shall be paid by the Perbadanan.
(3) Where any immovable property has been acquired under this section, the Perbadanan shall extract the necessary documents of title in respect of such property and shall pay any rent to which such property may be subject.
Malay text (authoritative)
Pengambilan tanah
(1) Apabila mana-mana harta tak alih di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang bukannya tanah Negeri, perlu diperoleh oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di Negeri itu yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, dan apa-apa perisytiharan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat
walaupun pampasan akan dibayar oleh Perbadanan, dan perisytiharan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia adalah suatu perisytiharan bahawa tanah itu diperlukan bagi sesuatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.
(2) Segala perbelanjaan dan pampasan yang kena dibayar bagi pengambilan mana-mana harta tak alih di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Perbadanan.
(3) Jika mana-mana harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Perbadanan hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apaapa sewa yang kepadanya harta itu tertakluk.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 536 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).