My bookmarksSign up free
← Perbadanan Putrajaya Act 1995

Perbadanan Putrajaya Act 1995 s 33

Perbadanan Putrajaya Act 1995 s 33

s 33 Power to make regulations

(1) The Perbadanan may, with the approval of the Minister, make such regulations as may be expedient or necessary for the better carrying out of the provisions of this Act. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1), regulations may be made forβ€” (a) regulating the development of land in the Federal Territory of Putrajaya and generally providing for the orderly development of land in the Federal Territory of Putrajaya; (b) prescribing the manner in which documents, cheques and instruments of any description shall be signed or executed on behalf of the Perbadanan; (c) prescribing the responsibilities and control of officers and servants of the Perbadanan; (d) imposing fees in such cases as may be determined by the Perbadanan; (e) providing for such matters in connection with shares, stock, bonds, debentures or debenture stock issued under this Act as may appear necessary or expedient to the Perbadanan, and, in particular, for regulating the method of issue, transfer, redemption or other dealing with such shares, stock, bonds, debentures or debenture stock; (ea) regulating any activity, service or works undertaken in any public place, park, walk, recreation ground, pleasure ground, garden, swimming pool, lake, river, wetland, stadium, building or site; (eb) providing for the registration and accreditation of any person or body of persons undertaking any activity, service or works referred to in paragraph (ea); and (f) providing generally for the performance of the functions, the exercise of the powers and the discharge of the duties of the Perbadanan under the provisions of this Act. (3) Regulations under this sectionβ€” (a) may provide that any act or omission in contravention of any provision thereof shall be an offence; (b) may provide for the imposition of penalties, which shall not exceed five thousand ringgit, for such offence; and (c) may prescribe the offences under this Act and any regulations made under this Act which may be compounded, the persons who may compound, the limit of the sum of money to be collected for compounding such offences and the procedure and forms to be complied with in compounding such offences.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1) Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan lebih baik. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi β€” (a) mengawal selia pembangunan tanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan secara amnya mengadakan pembangunan tanah yang teratur di Wilayah Persekutuan Putrajaya; (b) menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan; (c) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Perbadanan; (d) mengenakan fi dalam apa-apa hal yang ditentukan oleh Perbadanan; (e) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang diterbitkan di bawah Akta ini yang didapati oleh Perbadanan adalah perlu atau suai manfaat, dan khususnya, bagi mengawal selia kaedah penerbitan, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu; (ea) mengawal selia apa-apa aktiviti, perkhidmatan atau kerja yang dijalankan di mana-mana tempat awam, taman, siar kaki, taman rekreasi, taman bersuka-suka, kebun, kolam renang, tasik, sungai, tanah bencah, stadium, bangunan atau tapak; (eb) mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan pentauliahan mana-mana orang atau kumpulan orang yang menjalankan apa-apa aktiviti, perkhidmatan atau kerja yang disebut dalam perenggan (ea); dan (f) mengadakan peruntukan pada amnya bagi melaksanakan fungsi, menjalankan kuasa dan menunaikan kewajipan Perbadanan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini. (3) Peraturan-peraturan di bawah seksyen iniβ€” (a) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; (b) boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti, yang tidak melebihi lima ribu ringgit, bagi kesalahan itu; dan (c) boleh menetapkan kesalahan di bawah Akta ini dan manamana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaunkan, orang yang boleh mengkompaun, had jumlah wang yang boleh dipungut untuk mengkompaun kesalahan sedemikian dan tatacara dan borang yang perlu dipatuhi dalam pengkompaunan kesalahan sedemikian.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VI β†’

Find Act 536 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next