Town Planners Act 1995 s 10
s 10 Committees
(1) The Board may appoint committees as it thinks expedient—
(a) to advise it on matters concerning its functions, powers and duties;
(b) for the proper discharge of its functions, exercise of its powers and performance of its duties;
(c) for any purpose arising out of or connected with its functions, powers and duties; or
(d) to carry out its functions, powers or duties as it may determine or delegate except in relation to its powers under section 50.
(2) There shall be appointed to a committee at least one member of the Board and any other person as the Board thinks fit.
(3) Members of a committee shall be paid such allowance as the Board may determine.
(4) The Board may, at any time, discontinue or alter the constitution of a committee.
(5) Subject to this Act and directions given by the Board a committee may regulate its own procedure.
(6) A committee shall conform to directions given to it by the Board.
(7) A committee may invite any person to attend its meeting for the purpose of advising it on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting.
(8) A person invited under subsection (7) shall be paid such fee as the Board may determine.
(9) A committee shall cause—
(a) minutes of all its meetings to be maintained and kept in a proper form; and
(b) copies of the minutes of all its meetings to be submitted to the Board as soon as practicable.
Malay text (authoritative)
Jawatankuasa
(1) Lembaga boleh melantik jawatankuasa yang difikirkan suai manfaat olehnya―
(a) untuk menasihatinya tentang perkara berkenaan dengan fungsinya, kuasanya dan tugasnya;
(b) bagi penunaian yang sepatutnya akan fungsinya, penjalanan yang sepatutnya akan kuasanya dan pelaksanaan yang sepatutnya akan tugasnya;
(c) bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan fungsinya, kuasanya atau tugasnya; atau
(d) untuk menjalankan fungsinya, kuasanya atau tugasnya yang ditentukan atau diwakilkan olehnya kecuali yang berhubungan dengan kuasanya di bawah seksyen 50.
(2) Maka hendaklah dilantik sekurang-kurangnya seorang anggota Lembaga bagi sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Lembaga.
(3) Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga.
(4) Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(5) Tertakluk kepada Akta ini dan arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
(6) Sesuatu jawatankuasa hendaklah mematuhi arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga.
(7) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
(8) Seseorang yang diundang di bawah subseksyen (7) hendaklah dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga.
(9) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
(a) minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
(b) salinan minit kesemua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang praktik.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 538 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).