My bookmarksSign up free
← Town Planners Act 1995

Town Planners Act 1995 s 12

Town Planners Act 1995 s 12

s 12 Appointment and duties of Registrar

(1) The Minister shall appoint a Registrar of Town Planners who shall be under the general direction and supervision of the Board. (2) The Registrar shall— (a) sign all certificates of registration, certificates of temporary registration and permits; (b) subject to subsection 11(3), record all entries required to be made in the Register; (c) as soon as practicable after 1 January each year, publish in the Gazette a list of the names and addresses of all registered Town Planners and registered Graduate Town Planners; (d) from time to time, publish in the Gazette a list of the names and addresses of registered Town Planners and registered Graduate Town Planners— (i) added to; (ii) removed from; or (iii) reinstated into, the Register; and (e) publish in at least two local newspapers, one in the national language and one in any other language, the names and addresses of registered Town Planners and registered Graduate Town Planners— (i) removed from; and (ii) reinstated into, the Register within thirty days of the removal or reinstatement. (3) In any proceedings, a list published in the Gazette under paragraphs (2)(c) and (d) shall be prima facie proof that the registered Town Planner and registered Graduate Town Planner whose name appears in the list— (a) is a registered Town Planner or registered Graduate Town Planner; (b) has been removed from the Register; or (c) has been reinstated into the Register, as the case may be. (4) The Registrar may annually publish and offer for sale copies of the Register.

Malay text (authoritative)

Pelantikan dan tugas Pendaftar

(1) Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Perancang Bandar yang hendaklah berada di bawah arahan dan pengawasan am Lembaga. (2) Pendaftar hendaklah― (a) menandatangan kesemua perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara dan permit; (b) tertakluk kepada subseksyen 11(3), merekodkan kesemua catatan yang dikehendaki dibuat ke dalam Daftar; (c) dengan seberapa segera yang praktik selepas 1 Januari setiap tahun, menyiarkan dalam Warta suatu senarai nama dan alamat kesemua Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar Siswazah berdaftar; (d) dari semasa ke semasa, menyiarkan dalam Warta suatu senarai nama dan alamat Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar Siswazah berdaftar― (i) yang ditambahkan kepada; (ii) yang disingkirkan dari; atau (iii) yang dimasukkan semula ke dalam, Daftar; dan (e) menyiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam apa-apa bahasa lain, nama dan alamat Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar Siswazah berdaftar— (i) yang disingkirkan dari; dan (ii) dimasukkan semula ke dalam, Daftar, dalam masa tiga puluh hari dari penyingkiran atau kemasukan semula itu. (3) Dalam apa-apa prosiding, senarai yang disiarkan dalam Warta di bawah perenggan (2)(c) dan (d) hendaklah menjadi bukti prima facie bahawa Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar Siswazah berdaftar yang namanya terdapat dalam senarai itu― (a) ialah seorang Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar Siswazah berdaftar; (b) telah disingkirkan dari Daftar; atau (c) telah dimasukkan semula ke dalam Daftar, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Pendaftar boleh menyiarkan secara tahunan dan menawarkan untuk jualan salinan Daftar.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 538 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next