My bookmarksSign up free
← Town Planners Act 1995

Town Planners Act 1995 s 15

Town Planners Act 1995 s 15

s 15 Qualification for registration

(1) A person who holds— (a) the qualification required for Graduate Membership of the Pertubuhan Perancang Malaysia; or (b) such other qualification as the Board considers to be equivalent to it, shall be entitled, on application made by him, to be registered under Section B of the Register as a registered Graduate Town Planner. (2) A registered Graduate Town Planner shall be required to obtain such practical experience as the Board may prescribe after consulting the Minister and the Pertubuhan Perancang Malaysia, in order to be entitled to apply for registration as a registered Town Planner. (3) The following persons shall be entitled, on application made by him, to be registered under Section A of the Register as registered Town Planners: (a) any person who— (i) is a registered Graduate Town Planner; and (ii) has obtained the practical experience as prescribed under subsection (2); and (b) any person who, on 1 January 1996, is a Corporate Member of the Pertubuhan Perancang Malaysia. (4) Notwithstanding subsection (3), a person shall not be entitled to be registered as a registered Town Planner unless at the time of the application for registration— (a) he is a citizen or a permanent resident of Malaysia; (b) he is residing in Malaysia; and (c) he has been residing in Malaysia for a period of not less than six months prior to the date of the application. (5) Any person— (a) whose name has been removed from the Register under paragraph 36(b); and (b) who has not applied for reinstatement into the Register within five years from the date of the removal, shall be entitled, on application made by him, to be registered under Section A of the Register. (6) No person shall be entitled to be registered as a registered Town Planner or a registered Graduate Town Planner if at any time prior to his registration there exists any of the circumstances which would have rendered his registration null and void under section 35.

Malay text (authoritative)

Kelayakan bagi pendaftaran

(1) Seseorang yang mempunyai― (a) kelayakan yang dikehendaki bagi Keanggotaan Siswazah Pertubuhan Perancang Malaysia; atau (b) apa-apa kelayakan lain yang difikirkan oleh Lembaga setara dengannya, berhak, apabila permohonan dibuat olehnya, untuk didaftarkan di bawah Seksyen B Daftar sebagai Perancang Bandar Siswazah berdaftar. (2) Seseorang Perancang Bandar Siswazah berdaftar adalah dikehendaki memperoleh pengalaman amali yang ditetapkan oleh Lembaga, selepas berunding dengan Menteri dan Pertubuhan Perancang Malaysia, supaya menjadi berhak untuk memohon didaftarkan sebagai Perancang Bandar berdaftar. (3) Orang yang berikut berhak, apabila permohonan dibuat olehnya, untuk didaftarkan di bawah Seksyen A Daftar sebagai Perancang Bandar berdaftar: (a) mana-mana orang yang― (i) merupakan seorang Perancang Bandar Siswazah berdaftar; dan (ii) telah memperoleh pengalaman amali yang ditetapkan di bawah subseksyen (2); dan (b) mana-mana orang yang, pada 1 Januari 1996, ialah Anggota Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia. (4) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang tidak berhak didaftarkan sebagai Perancang Bandar berdaftar melainkan jika pada masa permohonan pendaftaran― (a) dia seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; (b) dia sedang bermastautin di Malaysia; dan (c) dia telah bermastautin di Malaysia selama suatu tempoh tidak kurang dari enam bulan sebelum tarikh permohonan itu. (5) Mana-mana orang― (a) yang namanya telah disingkirkan dari Daftar di bawah perenggan 36(b); dan (b) yang tidak memohon untuk dimasukkan semula ke dalam Daftar dalam masa lima tahun dari tarikh penyingkiran itu, berhak, apabila permohonan dibuat olehnya, untuk didaftarkan di bawah Seksyen A Daftar. (6) Tiada seorang pun berhak untuk didaftarkan sebagai Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar Siswazah berdaftar jika pada bila-bila masa sebelum pendaftarannya wujud apa-apa hal keadaan yang boleh menjadikan pendaftarannya batal dan tidak sah di bawah seksyen 35.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 538 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next