Town Planners Act 1995 s 18
s 18 Temporary registration of foreign Town Planners
(1) The Board may, on application made by him in the prescribed form and manner and payment of the prescribed fee, approve the temporary registration as a registered Town Planner of a foreign Town Planner who is a consultant to a project—
(a) wholly financed by a foreign government; or
(b) implemented under a bilateral arrangement between governments.
(2) A foreign Town Planner may be considered for temporary registration if he satisfies the Board that—
(a) he possesses the necessary qualification which is recognized for the practice of town planning in the country where he normally practises;
(b) he possesses the necessary expertise; and
(c) his physical presence is required in Malaysia for not less than one hundred and eighty days in one calendar year or he is a resident representative of the foreign component of a joint venture.
(3) The Board may approve a temporary registration for a period not exceeding one calendar year and may, on application, renew such temporary registration as it thinks fit.
(4) The Registrar shall issue a certificate of temporary registration in the prescribed form to a foreign Town Planner whose application for temporary registration has been approved by the Board upon receipt of the prescribed fee.
(5) A foreign Town Planner who has lost his certificate of temporary registration shall be issued with a duplicate certificate of temporary registration on application made by him and payment of the prescribed fee.
(6) A foreign Town Planner who is dissatisfied with the decision of the Board rejecting his application for temporary registration or its renewal may, within twenty one days of being notified of the rejection, appeal to the Minister.
(7) The decision of the Minister on an appeal under subsection
(6) shall be final and shall not be subject to appeal.
(8) For the purpose of this section, “foreign Town Planner” means a Town Planner who is not a citizen or permanent resident of Malaysia.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran sementara Perancang Bandar asing
(1) Lembaga boleh, apabila permohonan dibuat olehnya dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan fi yang ditetapkan dibayar, meluluskan pendaftaran sementara sebagai Perancang Bandar berdaftar seseorang Perancang Bandar asing yang merupakan perunding kepada sesuatu projek―
(a) yang dibiayai sepenuhnya oleh sesuatu kerajaan asing; atau
(b) yang dilaksanakan di bawah perkiraan dwipihak antara kerajaan.
(2) Seseorang Perancang Bandar asing boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran sementara jika dia memuaskan Lembaga bahawa―
(a) dia memiliki kelayakan yang perlu yang diiktiraf bagi amalan perancangan bandar di negara yang dia biasanya menjalankan amalan;
(b) dia memiliki kepakaran yang perlu; dan
(c) kehadirannya secara fizikal dikehendaki di Malaysia selama tempoh tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalendar atau dia ialah wakil pemastautin bagi komponen asing sesuatu usaha sama.
(3) Lembaga boleh meluluskan suatu pendaftaran sementara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun kalendar dan, apabila permohonan dibuat, boleh membaharui pendaftaran sementara itu sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.
(4) Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran sementara dalam borang yang ditetapkan kepada seseorang Perancang Bandar asing yang permohonan pendaftaran sementaranya diluluskan oleh Lembaga setelah menerima fi yang ditetapkan.
(5) Seseorang Perancang Bandar asing yang kehilangan perakuan pendaftaran sementaranya hendaklah dikeluarkan kepadanya suatu pendua bagi perakuan pendaftaran sementara itu apabila permohonan dibuat olehnya dan fi yang ditetapkan dibayar.
(6) Seseorang Perancang Bandar asing yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga yang menolak permohonannya bagi pendaftaran sementara atau pembaharuan pendaftaran sementara boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahu mengenai tarikh penolakan itu, merayu kepada Menteri.
(7) Keputusan Menteri atas rayuan di bawah subseksyen (6) adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.
(8) Bagi maksud seksyen ini, “Perancang Bandar asing” ertinya seorang Perancang Bandar yang bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 538 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).