Town Planners Act 1995 s 20
s 20 Composition of body corporate which may practise as Town Planner
The Board may issue a permit to a body corporate for it to practise as a Town Planner if—
(a) the board of directors of the body corporate consists—
(i) entirely of individual persons who are registered Town Planners;
(ii) of a majority of individual persons who are registered Town Planners, and other individual persons who are Professional Engineers, Quantity Surveyors, Land Surveyors or Architects registered under any written law relating to the registration of such professions; or
(iii) of a majority of individual persons who are registered Town Planners, and other individual persons belonging to a profession allied to the practice of town planning approved by the Board; and
(b) all the shares of the body corporate are either held by the persons mentioned in subparagraph (a)(i), (a)(ii) or (a)(iii) and that the registered Town Planners—
(i) have a controlling interest; and
(ii) hold such percentage of the voting shares in the body corporate as may be prescribed by the Board.
Malay text (authoritative)
Komposisi pertubuhan perbadanan yang boleh menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar
Lembaga boleh mengeluarkan permit kepada sesuatu pertubuhan perbadanan untuk ia menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar jika―
(a) lembaga pengarah pertubuhan perbadanan itu terdiri daripada―
(i) keseluruhannya orang perseorangan yang adalah Perancang Bandar berdaftar;
(ii) sebilangan besarnya orang perseorangan yang adalah Perancang Bandar berdaftar, dan orang perseorangan lain yang adalah Jurutera
Profesional, Juruukur Bahan, Juruukur Tanah atau Arkitek yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran profesion itu; atau
(iii) sebilangan besarnya orang perseorangan yang adalah Perancang Bandar berdaftar, dan orang perseorangan lain yang berada dalam profesion yang ada hubungan dengan amalan perancangan bandar yang diluluskan oleh Lembaga; dan
(b) semua saham pertubuhan perbadanan itu dipegang oleh sama ada orang yang disebut dalam subperenggan (a)(i),
(a)(ii) atau (a)(iii) dan bahawa Perancang Bandar berdaftar itu―
(i) hendaklah mempunyai kepentingan kawalan; dan
(ii) memegang apa-apa peratusan saham mengundi dalam pertubuhan perbadanan itu yang ditetapkan oleh Lembaga.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 538 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).