(1) A person commits an offence if he—
(a) procures or causes the procurement of a certificate of registration, certificate of temporary registration or permit by—
(i) making or causing to be made; or
(ii) producing or causing to be produced, a false or fraudulent declaration, certificate, application or representation;
(b) makes or causes to be made a falsification in the Register;
(c) forges, alters or counterfeits a certificate of registration, certificate of temporary registration or permit;
(d) uses a forged, altered or counterfeited certificate of registration, certificate of temporary registration or permit;
(e) personates a registered Town Planner, registered Graduate Town Planner, foreign Town Planner or a director or shareholder of a body corporate practising as a Town Planner;
(f) buys or fraudulently obtains—
(i) a certificate of registration or certificate of temporary registration issued to another person; or
(ii) a permit issued to a body corporate of which he is neither a director nor shareholder; or
(g) sells, assigns or transfers—
(i) a certificate of registration or certificate of temporary registration issued to him; or
(ii) a permit issued to a body corporate of which he is a director or shareholder.
(2) A person who is guilty of an offence under this section shall, on conviction—
(a) be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both; and
(b) in the case of a continuing offence, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction.
Malay text (authoritative)
Kesalahan-kesalahan
(1) Seseorang melakukan kesalahan jika dia―
(a) memperoleh atau menyebabkan pemerolehan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau permit dengan―
(i) membuat atau menyebabkan dibuat; atau
(ii) menghasilkan atau menyebabkan dihasilkan,
suatu akuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau tipu;
(b) membuat atau menyebabkan dibuat suatu pemalsuan di dalam Daftar;
(c) memalsukan, mengubah atau melancung suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau permit;
(d) menggunakan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau permit yang dipalsukan, diubah atau dilancung;
(e) menyamar sebagai seorang Perancang Bandar berdaftar, Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar asing atau seorang pengarah atau pemegang saham suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar;
(f) membeli atau secara fraud memperoleh―
(i) suatu perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan kepada orang lain; atau
(ii) suatu permit yang dikeluarkan kepada suatu pertubuhan perbadanan yang dia bukannya pengarahnya atau pemegang sahamnya; atau
(g) menjual, menyerahhakkan atau memindahkan―
(i) suatu perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan kepadanya; atau
(ii) suatu permit yang dikeluarkan kepada suatu pertubuhan perbadanan yang dia ialah pengarahnya atau pemegang sahamnya.
(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan―
(a) didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(b) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).