Town Planners Act 1995 s 8
s 8 Functions of the Board
The functions of the Board shall be—
(a) to keep and maintain the Register;
(b) to approve or refuse applications for registration under this Act;
(c) to prescribe the scale of fees to be charged by registered Town Planners for professional advice given and service rendered by it;
(d) to determine ethics of the profession;
(e) to regulate conduct of the profession;
(f) to hear and determine itself or appoint a committee or an arbitrator to hear and determine disputes relating to—
(i) professional conduct; and
(ii) professional ethics,
of registered Town Planners and registered Graduate Town Planners;
(g) to represent the profession in any matter in which it may be necessary or expedient;
(h) to examine, report and make recommendations upon current legislation and any other matter affecting the profession to—
(i) the government;
(ii) a public authority; or
(iii) an institute, a body or a society for the time being representing the profession;
(i) to appoint a panel, if so required, to conduct examinations for admission to the profession consisting of—
(i) a member of the Board; and
(ii) Town Planners as the Board may determine;
(j) to appoint a person to represent it on a body or panel of examiners which may be appointed by an institute, a body or a society for the time being representing the profession;
(k) to make recommendations to the relevant authority in relation to any examinations for qualification for admission to the profession;
(l) to appoint members of the Board to sit on a board, committee or body formed for any purpose affecting the profession; and
(m) to appoint members of the Board to sit on the board of another professional body as may be necessary.
Malay text (authoritative)
Fungsi Lembaga
Fungsi Lembaga ialah―
(a) menyimpan dan menyenggara Daftar;
(b) meluluskan atau menolak permohonan pendaftaran di bawah Akta ini;
(c) menetapkan skala fi yang akan dicajkan oleh Perancang Bandar berdaftar bagi nasihat profesional dan khidmat profesional yang diberikannya;
(d) menentukan etika profesion;
(e) mengawal selia tatakelakuan profesion;
(f) mendengar dan memutuskan sendiri atau melantik suatu jawatankuasa atau penimbang tara untuk mendengar dan memutuskan pertikaian berhubungan dengan―
(i) tatakelakuan profesional; dan
(ii) etika profesional,
Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar Siswazah berdaftar;
(g) mewakili profesion dalam apa-apa perkara yang perlu atau suai manfaat;
(h) memeriksa, membuat laporan dan syor mengenai perundangan semasa dan apa-apa perkara lain yang menyentuh profesion kepada―
(i) kerajaan;
(ii) pihak berkuasa awam; atau
(iii) institut, badan atau pertubuhan yang pada masa ini mewakili profesion;
(i) melantik suatu panel, jika diperlukan sedemikian, untuk menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke profesion itu, yang terdiri daripada―
(i) seorang anggota Lembaga; dan
(ii) Perancang Bandar yang ditentukan oleh Lembaga;
(j) melantik seseorang untuk mewakilinya dalam sesuatu badan atau panel pemeriksa yang boleh dilantik oleh sesuatu institut, badan atau pertubuhan yang pada masa ini mewakili profesion;
(k) membuat syor kepada pihak berkuasa yang relevan berhubungan dengan apa-apa peperiksaan untuk kelayakan bagi penerimaan masuk ke profesion;
(l) melantik anggota Lembaga untuk menganggotai sesuatu lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud yang menyentuh profesion; dan
(m) melantik anggota Lembaga untuk menganggotai lembaga badan profesional lain sebagaimana yang perlu.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 538 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).