Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995 s 13
s 13 Powers of the Corporation
The Corporation shall have power to do all things reasonably necessary for, or expedient or incidental to, the discharge of its functions under this Act and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing:
(a) to establish and maintain branch offices with the approval of the Minister;
(b) to appoint agents or obtain services for the purpose of carrying out its function under this Act;
(c) to establish a comprehensive database and information system on small and medium industries development programmes;
(d) to acquire and hold venture capital in any company with the approval of the Minister;
(e) to organize promotional activities for small and medium industries such as participation in trade exhibitions, seminars and conferences in Malaysia and abroad;
(f) to publish or sponsor the publication of periodicals, booklets and other information materials in any media; and
(g) to charge a fee for the use of any facilities or services provided by the Corporation.
Malay text (authoritative)
Kuasa Perbadanan
Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang suai manfaat, atau yang bersampingan untuk pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang berikut:
(a) untuk mengadakan dan menyelenggara pejabat cawangan dengan kelulusan Menteri;
(b) untuk melantik ejen atau mendapatkan khidmat bagi maksud menjalankan fungsi Perbadanan di bawah Akta ini;
(c) untuk menubuhkan, menyenggara dan menguruskan suatu pangkalan data dan sistem maklumat mengenai perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi yang termasuk profil, data ekonomi dan statistik mengenai program pembangunan daripada mana-mana kementerian atau agensi;
(d) untuk mengambil dan memegang modal usaha niaga dalam mana-mana syarikat dengan kelulusan Menteri;
(da) untuk memberikan pemberian atau bantuan kewangan lain kepada perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
(db) untuk menghendaki pemberian maklumat oleh perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi mengenai perkara yang berhubungan dengan perniagaan mereka selain maklumat yang tiada anggota, pegawai, pekerja, ejen atau orang lain, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada maklumat itu;
(dc) untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;
(e) untuk mengelolakan aktiviti promosi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi seperti penyertaan dalam pameran perdagangan, seminar dan persidangan dalam dan luar negeri;
(f) untuk menerbit atau menaja penerbitan berkala, risalah dan bahan maklumat di dalam apa-apa media; dan
(g) untuk mengenakan fi bagi penggunaan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan.
Read this section in the full act β Β· Open Part III β
Find Act 539 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).