Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995 s 18
Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995 s 18
s 18 Small and Medium Industries Development Fund
(1) For the purposes of this Act the Corporation shall establish, administer and control a fund to be known as the “Small and Medium Industries Development Fund”.
(2) There shall be paid into the Fund—
(a) the launching grant of the Fund provided by the Government;
(b) such sums as may be provided from time to time by the Government;
(c) such sums borrowed by the Corporation under section 14;
(d) such sums as may be allocated from time to time to the Corporation from loan funds;
(e) all moneys earned by the Corporation for services provided or operation of any projects, schemes or enterprises;
(f) all donations and contributions received from within or outside Malaysia;
(g) all moneys earned or arising from any property, investment, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Corporation; and
(h) all other moneys belonging to or which in any manner become payable to the Corporation in respect of any matter incidental to its functions, powers and duties.
(3) In this section and section 20, the expression “loan funds” means such sums as may be made available from time to time to the Government by way of loan.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana
(1) Bagi maksud Akta ini, Perbadanan hendaklah menubuhkan, mentadbirkan dan mengawal suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana”.
(2) Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—
(a) geran pelancaran Kumpulan Wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan;
(b) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan;
(c) apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 14;
(d) apa-apa jumlah wang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;
(e) semua wang yang didapati oleh Perbadanan bagi perkhidmatan yang disediakan atau pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan;
(f) semua derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar Malaysia;
(g) semua wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan; dan
(h) semua wang lain kepunyaan atau yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
(3) Dalam seksyen ini dan seksyen 20, ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan sebagai pinjaman.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).