My bookmarksSign up free
← Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995

Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995 Schedule

Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995 Schedule

Schedule SCHEDULESupplementary

[Subsection 4(3)] Meetings 1. (1) The quorum for a meeting of the Corporation shall be four. (2) If for any question to be determined by the Corporation there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. (3) Subject to subparagraphs (1) and (2), the Corporation shall regulate its own procedure. Common seal 2. (1) The Corporation shall have a common seal which shall bear such device as the Corporation shall approve and such seal may from time to time be broken, changed, altered or made anew as the Corporation may think fit. (2) The seal of the Corporation shall be authenticated by the Chairman and one other member of the Corporation; and all deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the said seal, authenticated as aforesaid, shall until the contrary is shown be deemed to have been validly executed: Provided that any document or instrument which if executed by a person not being a body corporate would not be required to be under seal may in like manner be executed by the Corporation; and any such document or instrument may be executed on behalf of the Corporation by any officer or servant of the Corporation generally or specially authorized by the Corporation in that behalf. (3) Until a seal is provided by the Corporation, a stamp bearing the description “Small and Medium Industries Development Corporation” may be used and shall be deemed to be the common seal. (4) The common seal shall be kept in the custody of the Chairman or such other person as may be authorized by the Corporation. (5) The seal of the Corporation shall be officially and judicially noticed. Minutes 3. (1) The Corporation shall cause minutes of all its meetings to be maintained and kept in a proper form. (2) Any minutes made of meetings of the Corporation shall, if duly signed, be admissible in evidence in all legal proceedings without further proof and every meeting of the Corporation in respect of the proceedings of which minutes have been so made shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act. Validity of acts and proceedings 4. No act done or proceeding under this Act shall be questioned on the grounds of any— (a) vacancy in the membership of, or of any defect in the constitution of, the Corporation; or (b) omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case. Disclosure interest 5. A member of the Corporation whether directly or indirectly having any interest in any company or undertaking with which the Corporation proposes to make any contract or whether directly or indirectly having any interest in any such contract or in any matter under discussion by the Corporation shall disclose to the Corporation the fact of his interest and the nature thereof, and such disclosure shall be recorded in the minutes of the meetings of the Corporation and the member shall withdraw from any deliberation or decision of the Corporation relating to the contract. LAWS OF MALAYSIA SMALL AND MEDIUM INDUSTRIES DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1995

Malay text (authoritative)

JADUAL

[Subseksyen 4(3)] Mesyuarat 1. (1) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat Perbadanan adalah satu pertiga daripada jumlah bilangan anggota Perbadanan. (2) Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. (3) Tertakluk pada subperenggan (1) dan (2), Perbadanan hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri. Meterai perbadanan 2. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. (2) Meterai Perbadanan hendaklah disahkan oleh Pengerusi dan seorang anggota Perbadanan yang lain dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai telah dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu. (3) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cop yang mengandungi perkataan “Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan. (4) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Perbadanan. (5) Meterai perbadanan Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Minit 3. (1) Perbadanan hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan, jika ditandatangani sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Perbadanan yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Kesahan perbuatan dan prosiding 4. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa apa-apa— (a) kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan Perbadanan; atau (b) peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Penzahiran kepentingan 5. Seseorang anggota Perbadanan yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan, yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa kepentingan dalam apa-apa kontrak seperti itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan fakta dan jenis kepentingan itu kepada Perbadanan dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan dan anggota itu hendaklah keluar daripada mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan Perbadanan yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA 1995

Read this section in the full act →

Find Act 539 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next