My bookmarksSign up free
← Perbadanan Pembangunan Bandar (Successor Company) Act 1996

Perbadanan Pembangunan Bandar (Successor Company) Act 1996 s 4

Perbadanan Pembangunan Bandar (Successor Company) Act 1996 s 4

s 4 Initial Government holding in the successor company

(1) As a consequence of the vesting in the successor company of the property, rights and liabilities under section 3, the successor company shall issue such securities of the company as the Minister of Finance may, after consultation with the Minister, from time to time direct, to the Corporation. (2) Securities required to be issued in pursuance of this section shallβ€” (a) be issued or allotted at such times and on such terms, as to allotment, as the Minister of Finance may, after * NOTEβ€”The Perbadanan Pembangunan Bandar Act 1971 [Act 46] has since been repealed by the Perbadanan Pembangunan Bandar (Dissolution) Act 1996 [Act 547]β€”see section 3 of Act 547. Perbadanan Pembangunan Bandar (Successor Company) consultation with the Minister direct; (b) be of such nominal value as the Minister of Finance may direct; and (c) be issued as fully paid and treated for the purposes of the *Companies Act 1965 as if they had been paid up by virtue of the payment to the successor company of their nominal value. (3) The Minister of Finance may, after consultation with the Minister, dispose of any securities issued or of any rights to securities initially allotted to the Corporation in pursuance of this section. (4) Any dividends or other sums received by the Corporation in right of, on the disposal of or otherwise in connection with, any securities or rights acquired by virtue of this section shall be paid into the Consolidated Fund.

Malay text (authoritative)

Pemegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

(1) Sebagai akibat peletakhakan harta, hak dan liabiliti pada syarikat pengganti di bawah seksyen 3, syarikat pengganti itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, dari semasa ke semasa, kepada Perbadanan. (2) Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklahβ€” (a) diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, tentang penguntukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri; (b) mempunyai nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan (c) diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud *Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayar oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti. (3) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau mana-mana hak mengenai sekuriti yang diuntukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini. (4) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. * CATATANβ€”Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777. Undang-Undang Malaysia AKTA 548

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 548 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 15 November 2025 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next