My bookmarksSign up free
← Standards of Malaysia Act 1996

Standards of Malaysia Act 1996 s 17

Standards of Malaysia Act 1996 s 17

s 17 Restriction on the use of words

(1) Except with the consent of the Minister, no body of persons, corporate or otherwise, shall exercise the functions for which it is formed under a name that contains the words “Malaysian Standard” or any abbreviation or misleading abbreviation thereof or any mark of the Department of Standards or any resemblance thereof. (2) Where any written law provides for the registration of any body of persons, the registering authority may refuse registration if in its opinion the use of the name by which the body desires to be registered is prohibited under subsection (1). (3) This section shall, with the necessary modifications, apply to an individual person carrying on business under any name or style other than his own. (4) Any body of persons that, or any person who, does any act in contravention of this section shall, unless it is proved that the act was not done for gain or with intent to defraud, be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Sekatan atas penggunaan perkataan

(1) Kecuali dengan persetujuan Menteri, tiada kumpulan orang, diperbadankan atau selainnya, boleh menjalankan fungsi yang baginya ia dibentuk di bawah suatu nama yang mengandungi perkataan “Standard Malaysia” atau apa-apa singkatannya atau apa-apa singkatannya yang mengelirukan atau apa-apa tanda Jabatan Standard atau apa-apa tanda yang menyerupainya. (2) Jika mana-mana undang-undang bertulis mengadakan peruntukan bagi pendaftaran mana-mana kumpulan orang, pihak berkuasa pendaftaran boleh enggan mendaftarkan jika pada pendapatnya penggunaan nama yang dengannya kumpulan orang itu ingin didaftarkan dilarang di bawah subseksyen (1). (3) Seksyen ini hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai bagi orang perseorangan yang menjalankan perniagaan di bawah apa-apa nama atau gelaran selain daripada nama dan gelarannya sendiri. (4) Mana-mana kumpulan orang atau mana-mana orang yang melakukan apa-apa tindakan berlanggaran dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan melainkan jika dibuktikan bahawa tindakan itu tidak dilakukan untuk mendapatkan keuntungan atau dengan niat hendak menipu, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 549 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next