My bookmarksSign up free
← Standards of Malaysia Act 1996

Standards of Malaysia Act 1996 s 24

Standards of Malaysia Act 1996 s 24

s 24 Continuance of criminal and civil proceedings

(1) Neither the repeal under section 23 nor anything contained in this Act shall affect the liability of any person to be punished or prosecuted for offences committed under the repealed Act before the commencement of this Act or shall affect any proceedings brought before that commencement in respect of such offences. (2) Any proceedings, whether civil or criminal, or cause of action pending or existing immediately before the vesting date by or against the Institute or any person acting on its behalf may be continued or instituted by or against the successor company as if such proceedings had been instituted by or against the Institute or such person if this Act had not been passed: Provided that if such proceedings relate to matters pertaining to any accreditation agreements, such proceedings shall be continued or instituted by or against the Government. (3) Any appeal brought or any leave to appeal applied for on or after the vesting date against a decision given before that date in any legal proceedings to which the Institute was a party may be brought by or against the successor company: Provided that if such appeal relates to matters pertaining to any accreditation agreements, then the appeal shall be brought by or against the Government.

Malay text (authoritative)

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

(1) Pemansuhan di bawah seksyen 23 atau apa-apa yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menjejaskan liabiliti manamana orang untuk dihukum atau didakwa kerana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini atau menjejaskan apa-apa prosiding yang telah dibawa sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu. (2) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang sedia ada sebelum sahaja tarikh peletakhakan oleh atau terhadap Institut atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat pengganti seolah-olah prosiding itu telah dimulakan oleh atau terhadap Institut atau orang itu jika Akta ini tidak diluluskan: Dengan syarat bahawa jika prosiding itu berhubungan dengan perkara yang berkaitan dengan apa-apa perjanjian akreditasi, prosiding itu hendaklah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan. (3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh peletakhakan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang dalamnya Institut menjadi satu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap syarikat pengganti: Dengan syarat bahawa jika rayuan itu berhubungan dengan perkara yang berkaitan dengan apa-apa perjanjian akreditasi, rayuan itu hendaklah dibawa oleh atau terhadap Kerajaan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 549 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next